pengalaman seram memancing di tasik ... - Pancing Labuan - Memancing di sabah

Blog Admin | Jumaat, April 04, 2014 | 0 ulasan

pengalaman seram <b><b>memancing di</b></b> tasik <b>...</b> - <b>Pancing</b> Labuan - Memancing di sabah


pengalaman seram <b><b>memancing di</b></b> tasik <b>...</b> - <b>Pancing</b> Labuan

Posted: 29 Mar 2014 03:38 PM PDT

Smt mlm kawan2.. I'm back.. Hehehe.. Mlm ni sya mo cerita satu pengalaman seram sya di Labuan.. Emm.. Sya bru ja 6 bulan pindah kerja cni.. Biasa la kan.. Mula2 dtg mmg berabis mo sesuaikan diri di tpt urang.. Hehe.. Nak dijadikan cerita ni, satu bulan pertama sya di tpt kerja bru biasa dgn kawn2 baru.. Ada la satu best fren sya ni yg gila memancing.. Nama dia c Jimmy.. Dia dri daerah Ranau.. Tp suda lama kerja di Labuan. Ble dikatakan semua lubuk ikan di Labuan dia suda round.. Sya pn kaki pancing juga ba ni.. Hehe.. Satu hari, dia bwa sy pg memancing di satu tasik yg feymes cni.. Nama dia Tasik Orkid.. Sya percaya member2 dlm group ni yg tgl di Labuan tau ni tpt.. Sbnrnya org luar dilarang masuk ke tpt tu tapi kami dpt masuk coz ada sorang kawan yg tgl di perumahan Tasik orkid.. Time memancing tu kan (kira2 jam 3.40pm) banyak jugak lah ikan kmi dpt.. Ada Talapia,Toman cma Haruan.. Tp c Jimmy blm puas hati. Dia bwa sya di satu bhg tasik yg kemudiannya kmi kc nama "lubuk kaloi" sbb banyak ikan kaloi sana.. Jarak di lebih kurang 400 meter ja dri lokasi kmi memancing mula2 tp utk sampai sana mo meredah semak samun dan paya lumpur.. C Jimy yg jln dlu coz sya mc syok tarik ikan Toman.. 30 minit kemudian sya menyusul c Jimmy..

   Dlm perjalanan tu kan, tiba2 bediri bulu roma sya..!! Sya dpt rasakan langkah kaki sya semakin berat..! Dan yg paling sandi,sya nampak mcm kepulan asap hitam berbentuk bulat dan besar mcm Tong sampah di blkg sya..! Punya shit..! Sya kc ignore ja dia..(walaupun sya takut).. Tu benda ikut dlm 5 minit ka tu.. Sya sambil2 baca doa.. X lama kemudian, sya dgr c Jimmy panggil nama sya.. Bru sya sedar yg sya suda kc limpas c Jimmy lebih kurang 100 meter di blkg.. Tu benda pun x da suda.. Sya cpt2 pg tpt c Jimmy tp sya x bg tau dia pasal tu benda.. Syok dia tarik ikan Kaloi sambil dgr lagu2 di henpon dia.. Jam 5.30pm kami balik. Kmi singgah di rumah kawan dia utk minum..(besa la di labuan).. Time minum2 tu kan, sya pn cerita c Jimmy la pasal benda yg sya nampak di tasik petang tu.. Trus dia senyum tgk sya.. Dia blg, hehe.. Sya ingat sya ja kna kacau.. Rupanya itu barang pg sakat ko juga ka..? Trus sya tediam ne.. Sya blg kitai ko Jimmy.. Napa ko x kc tau sya..? Sya takut separuh mati suda oo.. Klu ko x panggil sya,mgkin sya hilang di tasik suda tu.. Trus dia blg, ko ingat ko ja takuj.? Pasal tu la sya kc full volume tu lagu di henpon sya.!! Huhuhu.. Trus sya bengong ne.. Last2 tu kawan c Jimmy cakap, itu tempat mmg sesuai utk memancing.. Tp jangan stay sana sampai Mgrib.. Mcm2 benda ble jadi.. Hehe.. Sya x akan lupa tu pengalaman.. Lebih2 lg kami dpt 78 ekor ikan toman time tu.. Blm campur ikan Talapia cma haruan.. Tasik orkid.. Nanti sya mo pg apil balik..!!

 Story Original Copyright © 2012 Gidik Gaidi Group PARANORMAL All rights reserved

Pertandingan <b>Memancing</b> Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2014 09:01 AM PDT

MIRI: Usaha Kelab Pemancing Miri memberi kesedaran dan mempromosikan Miri sebagai destinasi sukan memancing melalui Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri (Miri City International Deep Sea Fishing Tournament) sejak diperkenalkan tahun 2005 telah membuahkan hasil.

Bahkan, menurut Setiausaha Jawatankuasa Penganjuran Pertandingan Simon Wee, Miri kini turut menjadi antara empat tempat yang dipromosikan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi destinasi memancing.

"Destinasi lain adalah Rompin di Pahang, Langkawi (Kedah) dan Kota Kinabalu (Sabah)," katanya.

Wee berkata demikian kepada pemberita bersama beberapa jawatankuasa penganjur yang lain ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai di sini baru-baru ini.

Dalam kunjungan berkenaan, Datuk Bandar diberi taklimat mengenai atur cara aktiviti tersebut yang akan berlangsung pada 15 Mei hingga 18 Mei yang turut merupakan antara program yang diselitkan dalam sambutan Miri May Fest.

"Pertandingan yang akan mempromosikan Miri sebagai antara destinasi sesuai untuk sukan memancing, turut akan diperhebatkan lagi dengan kehadiran Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijangka akan merasmikan pertandingan terbabit.

"Selain itu, Kementerian Pelancongan juga akan membawa bersama para pengamal media antarabangsa, tempatan dan Semenanjung Malaysia serta agensi industri pelancongan bagi menghadiri pertandingan itu kelak," jelasnya.

Katanya, dalam jangka panjang, pertandingan terbabit bukan hanya sebagai acara bagi merancakkan sambutan Miri May Fest di sini serta kalendar pelancongan negeri, bahkan akan diselitkan dalam kalendar kebangsaan.

Menurut Wee, sambutan kali ini turut memberangsangkan dengan penyertaan pemancing dari luar negara yang semakin bertambah saban tahun.

"Tahun ini kami menjangkakan sejumlah 120 pemancing di mana negara China merupakan jumlah yang terbesar iaitu seramai 32 orang.

"Kami turut menyasarkan pemancing dan penggemar sukan pancing dari Hong Kong, India, Australia dan negara-negara Eropah untuk mengambil bahagian," katanya sambil menambah turut menerima penyertaan dari Jerman dan Norway.

Wee berkata, pihaknya akan menyewa 10 bot bagi membawa peserta ke kawasan laut dalam.

Hadiah wang tunai RM12,000 menanti juara dengan tangkapan terbesar bagi kategori individu.

Bagi pemancing yang berjaya menangkap ikan 'Giant Trevally' minimum atau lebih 10 kilogram turut akan diberi ganjaran wang tunai RM1,000.

Manakala bagi hadiah khas bernilai RM3,000 akan diberikan kepada pemancing yang berjaya memecahkan rekod pada 2012 dengan melebihi 61.8 kilogram.

Pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu individu (tangkapan seekor ikan besar) dan berkumpulan (tangkapan tiga ekor berlainan ikan yang besar).

Tarikh tutup penyertaan pertandingan tersebut adalah pada 8 Mei 2014.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut berhubung pertandingan berkenaan boleh menghubungi Wee di talian 012-8501995, Brian Ang (019-8741000), Yee Chung Chai (019-8151818) atau Kuan Wei Sung (012-8739699).

Mereka yang berminat juga boleh melayari laman sesawang di www.mirianglersclub.com.

Sementara itu, Lai memuji usaha yang dilakukan kelab terbabit dalam membantu merancakkan industri pelancong yang sekali gus meningkatkan ekonomi negara dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan di sini.

Print Friendly

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan