Aktiviti memancing kegemaran warga emas, wanita di Sg Limau ... - Memancing di sabah

Blog Admin | Ahad, April 13, 2014 | 0 ulasan

Aktiviti <b>memancing</b> kegemaran warga emas, wanita <b>di</b> Sg Limau <b>...</b> - Memancing di sabah


Aktiviti <b>memancing</b> kegemaran warga emas, wanita <b>di</b> Sg Limau <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2013 09:34 AM PDT

YAN: Kesibukan jentera parti politik berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Limau di sini, jelas tidak menggugat rutin waktu petang kebanyakan penduduk warga emas dan kaum hawa.

Berbekalkan joran, mereka mencari lokasi terbaik di sepanjang tali air dan bendang di sekitar kampung untuk melabuhkan umpan.

"Hari-hari mak cik memancing sebab suka. Seronok bila memancing dengan keadaan yang tenang. Lagipun seronok bila anak cucu dan jiran sama-sama turun memancing," kata Che Embun Hassan yang ditemui Bernama ketika sedang memancing di Kampung Sedaka Tengah di sini.

Che Embun, 66, berkata memancing menjadi hobi kebanyakan warga emas sepertinya, terutama pada sebelah petang selepas menyelesaikan rutin harian di rumah.

Malah katanya, aktiviti itu turut memberi pendapatan kepadanya apabila hasil tangkapan dibeli oleh penduduk kampung.

"Kalau dapat ikan banyak tak dan (tak sempat) nak bawa balik rumah sebab ada orang beli. Selalu mak cik akan dapat ikan haruan, keli dan puyu," katanya menambah ada ikan-ikan itu yang dijadikan pekasam.

Bagi seorang anak muda yang turut ketagih memancing, Mohd Tarmizi Mohammad, aktiviti itu membantunya mengurangkan stres.

Pemuda berusia 23 tahun dari Kampung Sungai Limau Dalam itu juga memberitahu dia sanggup keluar jauh dari kampungnya semata-mata mahu mencari lubuk ikan.

"Setiap kali dapat ikan, kita akan rasa puas dan ini merupakan terapi yang paling bagus untuk kita hilangkan tekanan," katanya yang bekerja sendiri dan tidak kisah dikelilingi oleh rata-rata warga emas dan wanita. — Bernama

Print Friendly

Fishing hotspots in <b>Sabah</b> - tempat mana best <b>memancing</b>? - Portal

Posted: 25 Apr 2009 12:00 AM PDT

Selalu kalau bersiar2 di KK mmg ternampak org selalu memancing di Pelabuhan sana,atau di jambatan pegi Yayasan Sabah dan Kingfisher, memang ramai betul mencuba nasib di sana. Tapi betul ka mmg banyak ikan ka sana?

Kadang2 mcm terasa terpanggil pula mau try memancing di tempat2 hutan paya bakau dekat Salut dan Sepanggar.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan