Pancing Sabah - Blogger - Memancing di sabah
<b>Pancing Sabah</b> - Blogger - Memancing di sabah |
<b>Pancing Sabah</b> - Blogger Posted: 04 Apr 2014 03:48 PM PDT Labuan terletak 115km daripada selatan Kota Kinabalu, penerbangan memakan masa lebih kurang setengah jam, dua setengah jam dengan feri.Ia mempunyai keluasan sebesar 95 kilometer persegi. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini serta tempat menarik untuk dilawati termasuklah:- Snorkel di sekeliling pulau lawatan ke rumah panjang sukan memancing memancing di tepi pantai menyelam dalam bangkai kapal karam yang dikenali dengan nama 'Wreck Diving.' membeli-belah di tempat bebas cukai di Jalan OKK Awang Besar Berkayak Menjamu selera dengan makanan laut segar. Kampung Air. Taman botanikal, dikenali sebagai Bumbung 12, terletak di belakang lapangan terbang lama. Marine Park yang merangkumi Pulau Rasukan Kecil, Pulau Rasukan Besar dan Pulau Kuraman. Boleh berkelah dan berjemur, berenang, berkhemah. Muzium Labuan mempamerkan budaya serta sejarah Labuan. The Chimney setinggi 106 kaki dibina pada tahun 1800an. Ia merupakan mercu tanda popular di Labuan. Rahsia masih menyelubungi sebab sebenar ia dibina. Muzium Marin Labuan mempamerkan pelbagai hidupan laut. Memorial Perang Dunia Ke-2 merupakan kawasan perkuburan tentera terbesar di Malaysia. Sebahagian besar dari jumlah 3908 terdiri daripada tentera Australia, Britain dan India. Upacara Mengingati dijalankan pada hari Ahad paling hampir kepada 11hb November setiap tahun. Peace Park terletak di Layang-Layangan. Japanese Surrender Point terletak di Layang-Layangan. Ia adalah tempat ke-37 di mana Askar Jepun bagi rantau selatan menyerah diri kepada tentera Diraja Australia ke-9 pada 9hb September 1945. Dataran Labuan merupakan tempat mengadakan pentas terbuka bagi kebanyakan pesta penting di Labuan. Di sini terletaknya tiang bendera yang mengibarkan bendera Malaysia. Taman Burung - terletak berhampiran Terowong Tanjung Kubong, mempamerkan sebahagian besar burung tropika dari rantau ini. Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - bertaraf dunia, meliputi kawasan seluas 5.91 ekar. Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat sukan air laut, kedai cenderahati, tempat makan dan sebagai menara tinjauan. Muzium marin Labuan juga terletak di sini. 4 buah Bangkai Kapal yang Karam di Labuan:- Hotels Sheraton Hotel Tiara Labuan Hotel and Service Apartment Beta Service Apartment The Waterfront Manikar Beach Resort Boutique Hotel Sara Hotel 2-Star Hotel Hotel Global Mariner Hotel Budget Hotel Hotel Pulau Labuan Hotel Ambassador Victoria Hotel Pulau Labuan Inn Hotel Pulau Labuan - branch Sky Global Hotel |
Aktiviti <b>memancing</b> kegemaran warga emas, wanita <b>di</b> Sg Limau <b>...</b> Posted: 01 Nov 2013 09:34 AM PDT YAN: Kesibukan jentera parti politik berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Limau di sini, jelas tidak menggugat rutin waktu petang kebanyakan penduduk warga emas dan kaum hawa. Berbekalkan joran, mereka mencari lokasi terbaik di sepanjang tali air dan bendang di sekitar kampung untuk melabuhkan umpan. "Hari-hari mak cik memancing sebab suka. Seronok bila memancing dengan keadaan yang tenang. Lagipun seronok bila anak cucu dan jiran sama-sama turun memancing," kata Che Embun Hassan yang ditemui Bernama ketika sedang memancing di Kampung Sedaka Tengah di sini. Che Embun, 66, berkata memancing menjadi hobi kebanyakan warga emas sepertinya, terutama pada sebelah petang selepas menyelesaikan rutin harian di rumah. Malah katanya, aktiviti itu turut memberi pendapatan kepadanya apabila hasil tangkapan dibeli oleh penduduk kampung. "Kalau dapat ikan banyak tak dan (tak sempat) nak bawa balik rumah sebab ada orang beli. Selalu mak cik akan dapat ikan haruan, keli dan puyu," katanya menambah ada ikan-ikan itu yang dijadikan pekasam. Bagi seorang anak muda yang turut ketagih memancing, Mohd Tarmizi Mohammad, aktiviti itu membantunya mengurangkan stres. Pemuda berusia 23 tahun dari Kampung Sungai Limau Dalam itu juga memberitahu dia sanggup keluar jauh dari kampungnya semata-mata mahu mencari lubuk ikan. "Setiap kali dapat ikan, kita akan rasa puas dan ini merupakan terapi yang paling bagus untuk kita hilangkan tekanan," katanya yang bekerja sendiri dan tidak kisah dikelilingi oleh rata-rata warga emas dan wanita. — Bernama |
You are subscribed to email updates from memancing di sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan