<b><b><b>Memancing di</b></b></b> perairan pantai timur <b><b><b>Sabah</b> <b>...</b> - Memancing di sabah

Blog Admin | Rabu, Disember 17, 2014 | 0 ulasan

<b><b><b>Memancing di</b></b></b> perairan pantai timur <b><b><b>Sabah</b> <b>...</b> - Memancing di sabah


<b><b><b>Memancing di</b></b></b> perairan pantai timur <b><b><b>Sabah</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2014 03:41 PM PDT

Blog Admin | Khamis, September 25, 2014 | 0 ulasan


<b><b>Memancing di</b></b> perairan pantai timur <b><b>Sabah</b></b> <b <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2014 03:35 PM PDT

Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  

Loading ... Loading ...

SIBU: Sekumpulan tiga lelaki yang berpura-pura memancing di tepi parit berdekatan sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan warga tua dipercayai ber­tanggungjawab memecah masuk rumah mereka di Jalan Merlin, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, rumah pasangan warga tua tersebut dipecah masuk dan pencuri melarikan dompet pemilik rumah yang berumur dalam lingkungan 60-an.

Menurut pengadu, ister­inya yang tidur di ruang tamu tingkat bawah hanya menyedari insiden tersebut selepas bangun sekitar jam 4 pagi ketika mendapati dua keping tingkap di dapur dibuka dan besi jeriji dalam keadaan bengkok.

Si isteri terus pergi menda­patkan suaminya yang tidur di tingkat atas untuk memeriksa keadaan di rumah mereka dan mendapati dua telefon bimbit turut hilang.

Setelah memeriksa kead­aan di rumahnya, pengadu mendapati dompetnya yang mengandungi wang tunai beberapa ratus ringgit hilang di dalam bilik tidurnya.

Terdahulu, jiran pasangan warga tua itu seorang lelaki dan rakannya yang baharu pulang berhibur di bandar ini sekitar jam 2 pagi ada ter­nampak dua lelaki membawa parang dan pisau manakala seorang lagi berada dalam kereta Proton Saga berwarna putih sedang berlegar-legar di depan rumah pasangan warga tua tersebut.

Curiga dengan keadaan itu, dia bersama rakannya mendekati kereta Proton Saga berkenaan dan bertanya ke­pada lelaki yang berada dalam kereta tersebut.

Selepas, lelaki itu men­jelaskan kepadanya bahawa mereka mahu memancing di tepi parit di situ, dia dan rakannya terus beredar dari situ tanpa mengesyaki apa tujuan sebenar tiga lelaki terbabit.

Pada pagi yang sama, pen­gadu memberitahu jiran tersebut mengenai apa yang terjadi pada malam itu.

Pengadu bersyukur ker­ana pencuri yang memecah masuk rumah mereka tidak mencederakan mereka ber­dua disebabkan mereka tidur lena.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu pada pagi yang sama.

Category: Sarawak

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan