Tiga lelaki 'memancing' disyaki memecah masuk rumah warga tua ... - Memancing di sabah

Blog Admin | Jumaat, Januari 17, 2014 | 0 ulasan

Tiga lelaki &#39;<b>memancing</b>&#39; disyaki memecah masuk rumah warga tua <b>...</b> - Memancing di sabah


Tiga lelaki &#39;<b>memancing</b>&#39; disyaki memecah masuk rumah warga tua <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 08:14 AM PST

SIBU: Sekumpulan tiga lelaki yang berpura-pura memancing di tepi parit berdekatan sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan warga tua dipercayai ber­tanggungjawab memecah masuk rumah mereka di Jalan Merlin, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, rumah pasangan warga tua tersebut dipecah masuk dan pencuri melarikan dompet pemilik rumah yang berumur dalam lingkungan 60-an.

Menurut pengadu, ister­inya yang tidur di ruang tamu tingkat bawah hanya menyedari insiden tersebut selepas bangun sekitar jam 4 pagi ketika mendapati dua keping tingkap di dapur dibuka dan besi jeriji dalam keadaan bengkok.

Si isteri terus pergi menda­patkan suaminya yang tidur di tingkat atas untuk memeriksa keadaan di rumah mereka dan mendapati dua telefon bimbit turut hilang.

Setelah memeriksa kead­aan di rumahnya, pengadu mendapati dompetnya yang mengandungi wang tunai beberapa ratus ringgit hilang di dalam bilik tidurnya.

Terdahulu, jiran pasangan warga tua itu seorang lelaki dan rakannya yang baharu pulang berhibur di bandar ini sekitar jam 2 pagi ada ter­nampak dua lelaki membawa parang dan pisau manakala seorang lagi berada dalam kereta Proton Saga berwarna putih sedang berlegar-legar di depan rumah pasangan warga tua tersebut.

Curiga dengan keadaan itu, dia bersama rakannya mendekati kereta Proton Saga berkenaan dan bertanya ke­pada lelaki yang berada dalam kereta tersebut.

Selepas, lelaki itu men­jelaskan kepadanya bahawa mereka mahu memancing di tepi parit di situ, dia dan rakannya terus beredar dari situ tanpa mengesyaki apa tujuan sebenar tiga lelaki terbabit.

Pada pagi yang sama, pen­gadu memberitahu jiran tersebut mengenai apa yang terjadi pada malam itu.

Pengadu bersyukur ker­ana pencuri yang memecah masuk rumah mereka tidak mencederakan mereka ber­dua disebabkan mereka tidur lena.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu pada pagi yang sama.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

KINGFISH ANGLER : PUSAS DIHALANG OLEH RIBUT

Posted: 23 Dec 2013 06:10 AM PST


 SAUDARA KAMARUDIN STRIKE KERAPU BARA/SUNO

 KAMI TERPAKSA BERLINDUNG DI PULAU MENGALUN 

DAN MAKAN TENGAHARI DI SANA

 /// OOO ///
 

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Disember  2013 seperti berikut:
Tempoh              : 1hari

Tarikh                 : 21 Disember 2013 (Sabtu)

Masa                   : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 4.00 petang

Bot                      : KINGFISH

Keahlian            : 6 orang  

                         (VALENTINO, JULIUS, KAMARUDIN,

                          ZUL, PANYOLAH DAN PENULIS)

Lokasi               : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun

Jenis Ikan        : Kerapu Bara, Kerapu Minyak, Merah,

                           Putih, Pisang Pisang, Titir DLL                     

Teknik              : 1 orang Rod and Reel dan 5 orang Handline.

                                                

Saudara VALENTINO DAN Bapa Mertuanya Saudara JULIUS daripada Penampang, Sabah berkesempatan menyertai penulis untuk memancing di sekitar kawasan Sejali dan Pulau Mengalun. Kedua dua Pemancing ini juga sering memancing menaiki bot Penulis tetapi hanya sekitar Pulau Gaya sahaja. Dalam trip ini kedua mereka ingin mencuba nasib untuk memancing di laut lepas dengan harapan ingin mendapat hasil untuk dijadikan PUSAS semasa menyambut Hari KRISMAS 2013. 

PUSAS adalah sejenis Lauk daripada bahan utamanya adalah ikan yang diperam atau dijeruk dengan pelbagai halba/ramuan. Salah satu halba/ramuannya adalah batang pokok TUHAU. Ikan berkenaan pula hendaklah sangat segar seperti ikan pancing. Setelah ianya diperam atau dijeruk dalam tempoh satu hingga dua minggu barulah ianya boleh terus dimakan begitu sahaja atau digoreng semula lalu dimakan dengan lauk pauk yang lain atau hanya makan dengan nasi panas panas kosong. Lauk PUSAS sangat terkenal di kalangan Suku Kaum Kadazan/Dusun di Sabah. PUSAS juga boleh dijadikan sebagai pembuka selera makan.

Walau bagaimanapun dalam trip ini impian mendapatkan ikan segar untuk dijadikan PUSAS oleh Saudara Valentino dan Julius tidak kesampaian akibat RIBUT Barat Daya yang agak kencang melanda sekitar Pulau Mengalun. Pada awal pagi sewaktu dalam perjalanan sehingga sampai dikawasan Sejali keadaan laut agak tenang sahaja walaupun alun timur laut terasa sedikit. Kami hanya sempat memancing sehingga pukul 11 pagi sahaja. Dalam kami memancing seawal pagi lagi ikan pula sangat kurang mematuk dan tidak memakan umpan kami. Selepas jam 11 pagi, kami terpaksa berlindung di balik Pulau Mengalun akibat RIBUT Barat Daya yang kencang. Semasa dalam perjalanan balik pun sekitar jam 3 petang, kami masih menempuh ribut.

Dalam trip ini, hasil buruan kami agak kurang. Hanya ikan ikan seperti Kerapu Bara/Suno, Kerapu Minyak, Merah, Pisang Pisang dan Titir dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 
 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah

dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185

Email:                  esmajim@yahoo.com emailsyad@yahoo.com

 SEMASA MULA PERJALANAN DARI JETI


 PUSAS DAN RIBUT


 LAUT YANG TENANG DI AWAL SUBUH


 KETIKA HENDAK SAMPAI DIKAWASAN SEJALAI


 MEMPERLAHAN INJIN BOT DAN LAUT MASIH TENANG


 SARAPAN PAGI DI UTAMAKAN DAHULU


 HASIL BURUAN DI WAYPOINT PERTAMA


 IKAN KERAPU BARA/ SUNO OLEH SAUDARA KAMARUDIN


 IKAN MERAH OLEH SAUDARA KAMARUDIN


 HASIL BURUAN DI WAYPOINT KEDUA


 RIBUT BARAT DAYA MULA BERTIUP KENCANG


 MAKAN TENGAHARI


 NASI LEMAK KUNING


HANYA INI SAHAJA HASIL KAMI BAWA BALIK

SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan