KINGFISH ANGLER : MONSUN TIMUR LAUT - Memancing di sabah - Memancing di sabah
KINGFISH ANGLER : MONSUN TIMUR LAUT - <b>Memancing di sabah</b> - Memancing di sabah |
KINGFISH ANGLER : MONSUN TIMUR LAUT - <b>Memancing di sabah</b> Posted: 15 Jan 2014 03:44 PM PST SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN TENGGIRI SAUDARA ALEX CHIN DENGAN KERISI BALI SAUDARA CHRISTOPHER LU DENGAN KERAPU MINYAK TRIPLE HOOKED OLEH SAUDARA KAMARUDIN /// ### /// "MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Januari 2014 seperti berikut: Tarikh : 04 Januari 2013 (Sabtu) Masa : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 6.00 petang Bot : KINGFISH Keahlian : 6 orang (TIMOTHY CHAI, ALEX CHIN, CHRISTHOPER LU, KAMARUDIN, Lokasi : Waypoint Pulau Mengalun dan 302 Jenis Ikan : Tenggiri, Kerapu Bara, Kerapu Minyak, Merah, Kerisi Bali, Putih, Pisang Pisang, Titir DLL Teknik : 3 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Dalam trip awal tahun 2014 ini Saudara TIMOTHY, ALEX dan CHRISTOPHER daripada Kota Kinabalu, Sabah berkesempatan sekali lagi menyertai penulis untuk memancing di sekitar Pulau Mengalun dan 302. Trip ini mungkin terakhir sebelum berehat panjang selama dua atau tiga bulan akan datang disebabkan MONSUN TIMUR LAUT melanda perairan pantai Barat Sabah pada keseluruhannya. Monsun ini dijangka akan redah/teduh sekitar bulan April 2014. Pada kebiasaanya juga dikala musim permulaan monsun timur laut ini, ikan sangat kurang mematuk akibat fenomina RED TIDE atau adanya AIR LAUT MERAH. Laut merah adalah beracun dan sangat dibenci oleh semua makluk laut di bawah sana. Lantaran itu ikan ikan di sekitar Pantai Barat Sabah akan berhijrah ke kawasan lain yang tidak tercemar dengan laut merah. Dikala musim in juga ikan sangat kurang mematuk. Walau bagaimanapun dalam trip ini, hasil buruan agak tidak menghampakan kami. Ikan ikan seperti tenggiri, Kerisi Bali, Kerapu Bara/Suno, Kerapu Minyak, Merah, Pisang Pisang dan Titir dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. "Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya." Sila hubungi. No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185 Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.comKETIKA INI KAMI MULA MEMBURU SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN KERAPU BARA/SUNO SAUDARA TIMOTHY CHAI DENGAN TENGGIRI KERISI BALI OLEH PENULIS ANTARA HASIL BURUAN SEHINGGA TENGAHARI MAKAN TENGAHARI SAUDARA ALEX CHIN DENGAN KERISI BALI TRIPLE HOOKED OLEH SAUDARA KAMARUDIN CHRISTOPHER LU DAN KERAPU MINYAK LANDUK/TAMBAK OLEH SAUDARA PANYOLAH ANGIN TIMUR LAUT MULA BERTIUP OMBAK TIMUR LAUT KETIKA KAMI BALIK HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA TIMOTHY CHAI HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA CHRISTOPHER LU HASIL YANG DI BAWA BALIK OLEH SAUDARA ALEX CHIN HASIL KESELURUHAN BURUAN PENULIS DAN 2 PEMBANTUNYA KAMI TETAP THUMB UP KETIKA BALIK SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG |
<b>Pancing Sabah</b>: Lebih RM2,500 tunggu pemenang Pertandingan <b>...</b> Posted: 14 Jan 2014 03:29 PM PST SIBU: Sekumpulan tiga lelaki yang berpura-pura memancing di tepi parit berdekatan sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan warga tua dipercayai bertanggungjawab memecah masuk rumah mereka di Jalan Merlin, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, rumah pasangan warga tua tersebut dipecah masuk dan pencuri melarikan dompet pemilik rumah yang berumur dalam lingkungan 60-an. Menurut pengadu, isterinya yang tidur di ruang tamu tingkat bawah hanya menyedari insiden tersebut selepas bangun sekitar jam 4 pagi ketika mendapati dua keping tingkap di dapur dibuka dan besi jeriji dalam keadaan bengkok. Si isteri terus pergi mendapatkan suaminya yang tidur di tingkat atas untuk memeriksa keadaan di rumah mereka dan mendapati dua telefon bimbit turut hilang. Setelah memeriksa keadaan di rumahnya, pengadu mendapati dompetnya yang mengandungi wang tunai beberapa ratus ringgit hilang di dalam bilik tidurnya. Terdahulu, jiran pasangan warga tua itu seorang lelaki dan rakannya yang baharu pulang berhibur di bandar ini sekitar jam 2 pagi ada ternampak dua lelaki membawa parang dan pisau manakala seorang lagi berada dalam kereta Proton Saga berwarna putih sedang berlegar-legar di depan rumah pasangan warga tua tersebut. Curiga dengan keadaan itu, dia bersama rakannya mendekati kereta Proton Saga berkenaan dan bertanya kepada lelaki yang berada dalam kereta tersebut. Selepas, lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa mereka mahu memancing di tepi parit di situ, dia dan rakannya terus beredar dari situ tanpa mengesyaki apa tujuan sebenar tiga lelaki terbabit. Pada pagi yang sama, pengadu memberitahu jiran tersebut mengenai apa yang terjadi pada malam itu. Pengadu bersyukur kerana pencuri yang memecah masuk rumah mereka tidak mencederakan mereka berdua disebabkan mereka tidur lena. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu pada pagi yang sama. Category: Sarawak |
You are subscribed to email updates from memancing di sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan