Lebih RM2,500 tunggu pemenang Pertandingan Memancing ... - Memancing di sabah

Blog Admin | Rabu, Januari 15, 2014 | 0 ulasan

Lebih RM2,500 tunggu pemenang Pertandingan <b>Memancing</b> <b>...</b> - Memancing di sabah


Lebih RM2,500 tunggu pemenang Pertandingan <b>Memancing</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2013 07:52 AM PST

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri akan menganjurkan Pertandingan Memancing yang menawarkan hadiah wang tunai lebih RM2,500 serta hamper-hamper untuk para pemenang.

Jurucakap penganjur, Ramli Sahari memberitahu pertandingan itu diadakan pada 10 November ini di kuala Sungai Miri bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

"Hadiah untuk johan yang berjaya mendaratkan ikan paling besar dan berat bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 berserta trofi, peralatan memancing dan hamper.

"Pemenang kedua akan membawa pulang hadiah wang tunai RM700, trofi, peralatan memancing dan hamper, sambil tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM500 dan keempat menerima hadiah wang tunai RM100 serta peralatan memancing, trofi dan hamper masing-masingnya," katanya di sini baru-baru ini.

Bagi tempat kelima hingga ke-10 akan menerima hadiah wang tunai RM50 berserta hamper setiap seorang.

Sebagai penghargaan kepada orang ramai yang menyertai pertandingan itu, penganjur akan memberikan hadiah kepada pemenang tempat ke-11 hingga ke-20 iaitu sebuah hamper masing-masingnya.

Penutupan pertandingan tersebut dijangka dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sehubungan itu, Ramli berkata pihaknya amat mengalu-alukan semua kaki pancing dari sekitar Miri dan Sibuti untuk bersama-sama mengambil bahagian dan memeriahkan pertandingan tersebut.

Selain itu, cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik turut diadakan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang atau mendaftar terus di tapak pertandingan dengan yuran penyertaan sebanyak RM30 bagi setiap joran dan pemancing bebas menggunakan seberapa banyak joran semasa pertandingan tersebut.

"Seperti juga peraturan memancing yang pernah diadakan, hanya ikan yang beratnya 300 gram dan ke atas akan dikira oleh para pengadil manakala bagi tangkapan seberat 30 gram dan ke bawah hendaklah dilepaskan semula ke sungai," jelasnya.

Sebarang pertanyaan berhubung pertandingan tersebut, orang ramai boleh menghubungi Ramli di talian 019-8248723 atau Wan Sharkawi di talian 019-8850540.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiga lelaki &#39;<b>memancing</b>&#39; disyaki memecah masuk rumah warga tua <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 08:14 AM PST

Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  

Loading ... Loading ...

SIBU: Sekumpulan tiga lelaki yang berpura-pura memancing di tepi parit berdekatan sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan warga tua dipercayai ber­tanggungjawab memecah masuk rumah mereka di Jalan Merlin, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, rumah pasangan warga tua tersebut dipecah masuk dan pencuri melarikan dompet pemilik rumah yang berumur dalam lingkungan 60-an.

Menurut pengadu, ister­inya yang tidur di ruang tamu tingkat bawah hanya menyedari insiden tersebut selepas bangun sekitar jam 4 pagi ketika mendapati dua keping tingkap di dapur dibuka dan besi jeriji dalam keadaan bengkok.

Si isteri terus pergi menda­patkan suaminya yang tidur di tingkat atas untuk memeriksa keadaan di rumah mereka dan mendapati dua telefon bimbit turut hilang.

Setelah memeriksa kead­aan di rumahnya, pengadu mendapati dompetnya yang mengandungi wang tunai beberapa ratus ringgit hilang di dalam bilik tidurnya.

Terdahulu, jiran pasangan warga tua itu seorang lelaki dan rakannya yang baharu pulang berhibur di bandar ini sekitar jam 2 pagi ada ter­nampak dua lelaki membawa parang dan pisau manakala seorang lagi berada dalam kereta Proton Saga berwarna putih sedang berlegar-legar di depan rumah pasangan warga tua tersebut.

Curiga dengan keadaan itu, dia bersama rakannya mendekati kereta Proton Saga berkenaan dan bertanya ke­pada lelaki yang berada dalam kereta tersebut.

Selepas, lelaki itu men­jelaskan kepadanya bahawa mereka mahu memancing di tepi parit di situ, dia dan rakannya terus beredar dari situ tanpa mengesyaki apa tujuan sebenar tiga lelaki terbabit.

Pada pagi yang sama, pen­gadu memberitahu jiran tersebut mengenai apa yang terjadi pada malam itu.

Pengadu bersyukur ker­ana pencuri yang memecah masuk rumah mereka tidak mencederakan mereka ber­dua disebabkan mereka tidur lena.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu pada pagi yang sama.

Category: Sarawak

Car2u.asia

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan