Pancing Sabah: Tiga lelaki 'memancing' disyaki memecah masuk ... - Memancing di sabah
<b>Pancing Sabah</b>: Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk <b>...</b> - Memancing di sabah |
<b>Pancing Sabah</b>: Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk <b>...</b> Posted: 16 Jan 2014 03:30 PM PST KAMI TERPAKSA BERLINDUNG DI PULAU MENGALUN DAN MAKAN TENGAHARI DI SANA /// OOO /// "MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Disember 2013 seperti berikut: Tarikh : 21 Disember 2013 (Sabtu) Masa : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 4.00 petang Bot : KINGFISH Keahlian : 6 orang (VALENTINO, JULIUS, KAMARUDIN, ZUL, PANYOLAH DAN PENULIS) Lokasi : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun Jenis Ikan : Kerapu Bara, Kerapu Minyak, Merah, Putih, Pisang Pisang, Titir DLL Teknik : 1 orang Rod and Reel dan 5 orang Handline.
Saudara VALENTINO DAN Bapa Mertuanya Saudara JULIUS daripada Penampang, Sabah berkesempatan menyertai penulis untuk memancing di sekitar kawasan Sejali dan Pulau Mengalun. Kedua dua Pemancing ini juga sering memancing menaiki bot Penulis tetapi hanya sekitar Pulau Gaya sahaja. Dalam trip ini kedua mereka ingin mencuba nasib untuk memancing di laut lepas dengan harapan ingin mendapat hasil untuk dijadikan PUSAS semasa menyambut Hari KRISMAS 2013. PUSAS adalah sejenis Lauk daripada bahan utamanya adalah ikan yang diperam atau dijeruk dengan pelbagai halba/ramuan. Salah satu halba/ramuannya adalah batang pokok TUHAU. Ikan berkenaan pula hendaklah sangat segar seperti ikan pancing. Setelah ianya diperam atau dijeruk dalam tempoh satu hingga dua minggu barulah ianya boleh terus dimakan begitu sahaja atau digoreng semula lalu dimakan dengan lauk pauk yang lain atau hanya makan dengan nasi panas panas kosong. Lauk PUSAS sangat terkenal di kalangan Suku Kaum Kadazan/Dusun di Sabah. PUSAS juga boleh dijadikan sebagai pembuka selera makan. Walau bagaimanapun dalam trip ini impian mendapatkan ikan segar untuk dijadikan PUSAS oleh Saudara Valentino dan Julius tidak kesampaian akibat RIBUT Barat Daya yang agak kencang melanda sekitar Pulau Mengalun. Pada awal pagi sewaktu dalam perjalanan sehingga sampai dikawasan Sejali keadaan laut agak tenang sahaja walaupun alun timur laut terasa sedikit. Kami hanya sempat memancing sehingga pukul 11 pagi sahaja. Dalam kami memancing seawal pagi lagi ikan pula sangat kurang mematuk dan tidak memakan umpan kami. Selepas jam 11 pagi, kami terpaksa berlindung di balik Pulau Mengalun akibat RIBUT Barat Daya yang kencang. Semasa dalam perjalanan balik pun sekitar jam 3 petang, kami masih menempuh ribut. Dalam trip ini, hasil buruan kami agak kurang. Hanya ikan ikan seperti Kerapu Bara/Suno, Kerapu Minyak, Merah, Pisang Pisang dan Titir dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. "Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya." Sila hubungi. No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185 Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.comSEMASA MULA PERJALANAN DARI JETI PUSAS DAN RIBUT LAUT YANG TENANG DI AWAL SUBUH KETIKA HENDAK SAMPAI DIKAWASAN SEJALAI MEMPERLAHAN INJIN BOT DAN LAUT MASIH TENANG SARAPAN PAGI DI UTAMAKAN DAHULU HASIL BURUAN DI WAYPOINT PERTAMA IKAN KERAPU BARA/ SUNO OLEH SAUDARA KAMARUDIN IKAN MERAH OLEH SAUDARA KAMARUDIN HASIL BURUAN DI WAYPOINT KEDUA RIBUT BARAT DAYA MULA BERTIUP KENCANG MAKAN TENGAHARI NASI LEMAK KUNING HANYA INI SAHAJA HASIL KAMI BAWA BALIK SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG |
You are subscribed to email updates from memancing di sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan