Tiga lelaki 'memancing' disyaki memecah masuk - Pancing Sabah - Memancing di sabah
Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk - <b>Pancing Sabah</b> - Memancing di sabah |
- Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk - <b>Pancing Sabah</b>
- <b>Memancing di</b> perairan pantai timur <b>Sabah</b> <b>...</b> - <b>Pancing Sabah</b>
- <b>Pancing Sabah</b>: Lelaki dipercayai lemas tergelincir dalam Sungai <b>...</b>
- <b>Pancing Sabah</b>: Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk <b>...</b>
Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk - <b>Pancing Sabah</b> Posted: 31 Jan 2014 03:35 PM PST KAMI TERPAKSA BERLINDUNG DI PULAU MENGALUN DAN MAKAN TENGAHARI DI SANA /// OOO /// "MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Disember 2013 seperti berikut: Tarikh : 21 Disember 2013 (Sabtu) Masa : Bertolak: Jam 4.30 pagi / Balik: Jam 4.00 petang Bot : KINGFISH Keahlian : 6 orang (VALENTINO, JULIUS, KAMARUDIN, ZUL, PANYOLAH DAN PENULIS) Lokasi : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun Jenis Ikan : Kerapu Bara, Kerapu Minyak, Merah, Putih, Pisang Pisang, Titir DLL Teknik : 1 orang Rod and Reel dan 5 orang Handline.
Saudara VALENTINO DAN Bapa Mertuanya Saudara JULIUS daripada Penampang, Sabah berkesempatan menyertai penulis untuk memancing di sekitar kawasan Sejali dan Pulau Mengalun. Kedua dua Pemancing ini juga sering memancing menaiki bot Penulis tetapi hanya sekitar Pulau Gaya sahaja. Dalam trip ini kedua mereka ingin mencuba nasib untuk memancing di laut lepas dengan harapan ingin mendapat hasil untuk dijadikan PUSAS semasa menyambut Hari KRISMAS 2013. PUSAS adalah sejenis Lauk daripada bahan utamanya adalah ikan yang diperam atau dijeruk dengan pelbagai halba/ramuan. Salah satu halba/ramuannya adalah batang pokok TUHAU. Ikan berkenaan pula hendaklah sangat segar seperti ikan pancing. Setelah ianya diperam atau dijeruk dalam tempoh satu hingga dua minggu barulah ianya boleh terus dimakan begitu sahaja atau digoreng semula lalu dimakan dengan lauk pauk yang lain atau hanya makan dengan nasi panas panas kosong. Lauk PUSAS sangat terkenal di kalangan Suku Kaum Kadazan/Dusun di Sabah. PUSAS juga boleh dijadikan sebagai pembuka selera makan. Walau bagaimanapun dalam trip ini impian mendapatkan ikan segar untuk dijadikan PUSAS oleh Saudara Valentino dan Julius tidak kesampaian akibat RIBUT Barat Daya yang agak kencang melanda sekitar Pulau Mengalun. Pada awal pagi sewaktu dalam perjalanan sehingga sampai dikawasan Sejali keadaan laut agak tenang sahaja walaupun alun timur laut terasa sedikit. Kami hanya sempat memancing sehingga pukul 11 pagi sahaja. Dalam kami memancing seawal pagi lagi ikan pula sangat kurang mematuk dan tidak memakan umpan kami. Selepas jam 11 pagi, kami terpaksa berlindung di balik Pulau Mengalun akibat RIBUT Barat Daya yang kencang. Semasa dalam perjalanan balik pun sekitar jam 3 petang, kami masih menempuh ribut. Dalam trip ini, hasil buruan kami agak kurang. Hanya ikan ikan seperti Kerapu Bara/Suno, Kerapu Minyak, Merah, Pisang Pisang dan Titir dapat kami buru. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. "Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya." Sila hubungi. No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185 Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.comSEMASA MULA PERJALANAN DARI JETI PUSAS DAN RIBUT LAUT YANG TENANG DI AWAL SUBUH KETIKA HENDAK SAMPAI DIKAWASAN SEJALAI MEMPERLAHAN INJIN BOT DAN LAUT MASIH TENANG SARAPAN PAGI DI UTAMAKAN DAHULU HASIL BURUAN DI WAYPOINT PERTAMA IKAN KERAPU BARA/ SUNO OLEH SAUDARA KAMARUDIN IKAN MERAH OLEH SAUDARA KAMARUDIN HASIL BURUAN DI WAYPOINT KEDUA RIBUT BARAT DAYA MULA BERTIUP KENCANG MAKAN TENGAHARI NASI LEMAK KUNING HANYA INI SAHAJA HASIL KAMI BAWA BALIK SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG ![]() |
<b>Memancing di</b> perairan pantai timur <b>Sabah</b> <b>...</b> - <b>Pancing Sabah</b> Posted: 27 Jan 2014 03:56 PM PST Labuan terletak 115km daripada selatan Kota Kinabalu, penerbangan memakan masa lebih kurang setengah jam, dua setengah jam dengan feri.Ia mempunyai keluasan sebesar 95 kilometer persegi. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini serta tempat menarik untuk dilawati termasuklah:- Snorkel di sekeliling pulau lawatan ke rumah panjang sukan memancing memancing di tepi pantai menyelam dalam bangkai kapal karam yang dikenali dengan nama 'Wreck Diving.' membeli-belah di tempat bebas cukai di Jalan OKK Awang Besar Berkayak Menjamu selera dengan makanan laut segar. Kampung Air. Taman botanikal, dikenali sebagai Bumbung 12, terletak di belakang lapangan terbang lama. Marine Park yang merangkumi Pulau Rasukan Kecil, Pulau Rasukan Besar dan Pulau Kuraman. Boleh berkelah dan berjemur, berenang, berkhemah. Muzium Labuan mempamerkan budaya serta sejarah Labuan. The Chimney setinggi 106 kaki dibina pada tahun 1800an. Ia merupakan mercu tanda popular di Labuan. Rahsia masih menyelubungi sebab sebenar ia dibina. Muzium Marin Labuan mempamerkan pelbagai hidupan laut. Memorial Perang Dunia Ke-2 merupakan kawasan perkuburan tentera terbesar di Malaysia. Sebahagian besar dari jumlah 3908 terdiri daripada tentera Australia, Britain dan India. Upacara Mengingati dijalankan pada hari Ahad paling hampir kepada 11hb November setiap tahun. Peace Park terletak di Layang-Layangan. Japanese Surrender Point terletak di Layang-Layangan. Ia adalah tempat ke-37 di mana Askar Jepun bagi rantau selatan menyerah diri kepada tentera Diraja Australia ke-9 pada 9hb September 1945. Dataran Labuan merupakan tempat mengadakan pentas terbuka bagi kebanyakan pesta penting di Labuan. Di sini terletaknya tiang bendera yang mengibarkan bendera Malaysia. Taman Burung - terletak berhampiran Terowong Tanjung Kubong, mempamerkan sebahagian besar burung tropika dari rantau ini. Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - bertaraf dunia, meliputi kawasan seluas 5.91 ekar. Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat sukan air laut, kedai cenderahati, tempat makan dan sebagai menara tinjauan. Muzium marin Labuan juga terletak di sini. 4 buah Bangkai Kapal yang Karam di Labuan:- Hotels Sheraton Hotel Tiara Labuan Hotel and Service Apartment Beta Service Apartment The Waterfront Manikar Beach Resort Boutique Hotel Sara Hotel 2-Star Hotel Hotel Global Mariner Hotel Budget Hotel Hotel Pulau Labuan Hotel Ambassador Victoria Hotel Pulau Labuan Inn Hotel Pulau Labuan - branch Sky Global Hotel ![]() |
<b>Pancing Sabah</b>: Lelaki dipercayai lemas tergelincir dalam Sungai <b>...</b> Posted: 23 Jan 2014 03:26 PM PST ALOR SETAR: Seorang lelaki berumur 40-an dipercayai lemas selepas tergelincir dalam Sungai Pendang berhampiran Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar di sini Khamis. Saksi kejadian, Mohd Fadli Abdul Rani, 25, berkata dia terdengar jeritan meminta tolong dan melihat seorang lelaki terkapai-kapai dalam sungai itu sebelum hilang dalam kejadian pukul 3 petang. "Saya sedang sembang dengan kawan, Mohd Azrae Azhar (21), di luar rumah tidak sempat untuk selamatkan lelaki itu kerana ia berlaku dengan pantas tambahan pula sungai itu lebarnya 50 meter dan agak dalam. "Saya tak tau dia (mangsa) datang dari mana dan tiba-tiba sahaja dengar suara orang minta tolong. Dalam beberapa minit lelaki yang berada di tengah-tengah sungai itu hilang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini. Beliau percaya lelaki itu orang luar dan mungkin datang memancing di sungai itu pada waktu petang. Tinjauan di lokasi, orang kampung berusaha mencari motosikal mangsa atau barangan lain bagi mencari identiti mangsa tetapi gagal ditemui. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Hafiz Suhaimi berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.07 petang dan tiba di tempat kejadian 3.30 petang. Katanya operasi mencari dan menyelamat itu membabitkan tujuh anggota dan menggunakan sebuah bot serta turut dibantu lima anggota unit skuba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani. Beliau berkata operasi ditangguhkan pukul 7 malam berikutan keadaan gelap dan akan disambung semula Jumaat. — BERNAMA Category: Sarawak ![]() |
<b>Pancing Sabah</b>: Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk <b>...</b> Posted: 18 Jan 2014 03:14 PM PST SIBU: Sekumpulan tiga lelaki yang berpura-pura memancing di tepi parit berdekatan sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan warga tua dipercayai bertanggungjawab memecah masuk rumah mereka di Jalan Merlin, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, rumah pasangan warga tua tersebut dipecah masuk dan pencuri melarikan dompet pemilik rumah yang berumur dalam lingkungan 60-an. Menurut pengadu, isterinya yang tidur di ruang tamu tingkat bawah hanya menyedari insiden tersebut selepas bangun sekitar jam 4 pagi ketika mendapati dua keping tingkap di dapur dibuka dan besi jeriji dalam keadaan bengkok. Si isteri terus pergi mendapatkan suaminya yang tidur di tingkat atas untuk memeriksa keadaan di rumah mereka dan mendapati dua telefon bimbit turut hilang. Setelah memeriksa keadaan di rumahnya, pengadu mendapati dompetnya yang mengandungi wang tunai beberapa ratus ringgit hilang di dalam bilik tidurnya. Terdahulu, jiran pasangan warga tua itu seorang lelaki dan rakannya yang baharu pulang berhibur di bandar ini sekitar jam 2 pagi ada ternampak dua lelaki membawa parang dan pisau manakala seorang lagi berada dalam kereta Proton Saga berwarna putih sedang berlegar-legar di depan rumah pasangan warga tua tersebut. Curiga dengan keadaan itu, dia bersama rakannya mendekati kereta Proton Saga berkenaan dan bertanya kepada lelaki yang berada dalam kereta tersebut. Selepas, lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa mereka mahu memancing di tepi parit di situ, dia dan rakannya terus beredar dari situ tanpa mengesyaki apa tujuan sebenar tiga lelaki terbabit. Pada pagi yang sama, pengadu memberitahu jiran tersebut mengenai apa yang terjadi pada malam itu. Pengadu bersyukur kerana pencuri yang memecah masuk rumah mereka tidak mencederakan mereka berdua disebabkan mereka tidur lena. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu pada pagi yang sama. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. ![]() |
You are subscribed to email updates from memancing di sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan