MBM dan KPM berhasrat jadikan Miri hab pelancongan, sukan ... - Memancing di sabah

Blog Admin | Ahad, September 07, 2014 | 0 ulasan

MBM dan KPM berhasrat jadikan Miri hab pelancongan, sukan <b>...</b> - Memancing di sabah


MBM dan KPM berhasrat jadikan Miri hab pelancongan, sukan <b>...</b>

Posted: 21 May 2014 03:06 PM PDT

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Kelab Pemancing Miri (KPM) berhasrat menjadikan Miri sebagai hab pelancongan dan sukan pancing yang terbesar di rantau ini.

Hasrat terbabit yang diutarakan Datuk Bandar MBM Lawrence Lai pada sidang media di sini petang semalam, adalah berikutan memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani baru-baru ini di antara KPM dan Kelab Pemancing-Pemancing China yang mempunyai 10 juta keahlian.

"Melalui MoU tersebut, kami bercadang menjemput dan membawa 1,000 ahlinya untuk bertandang ke Miri pada tahun depan.

"Bahkan, ia juga merupakan perjanjian bagi menjalinkan kerjasama dua hala Sarawak-China dalam mempromosikan Miri sebagai pusat pelancongan dan sukan pancing di sini," jelasnya.

Kata Lai, sebahagian daripada jumlah terbabit akan menyertai pertandingan memancing yang disediakan manakala selebihnya akan dibawa melawat ke sekitar Miri memandangkan kemudahan memancing yang terhad di sini khususnya bagi penyediaan pertandingan memancing laut dalam.

"Disebabkan kemudahan memancing yang terhad di sini, kami akan menyediakan program pelancongan bagi mereka yang tidak terlibat dalam pertandingan memancing yang dianjurkan untuk memperkenalkan Miri sebagai bandar raya peranginan.

"Ini adalah peluang baik yang perlu direbut bagi membantu melonjakkan industri pelancongan di sini yang sekali gus mempertingkatkan ekonomi kita di Sarawak dan Malaysia secara amnya," ujarnya.

Menurutnya, China yang mempunyai sekitar 19 juta kaki pancing, hanya 10 juta yang mendaftar sebagai ahli memandangkan jumlah keahlian yang terhad.

"Oleh itu, kita perlu menarik para pemancing tersebut untuk datang ke Miri bukan sahaja bagi merasai suasana memancing di sini bahkan melihat keindahan yang ada.

"Seorang pemancing membelanjakan sekurang-kurangnya RM5,000 hingga RM8,000 bagi satu lawatan ke sini.

"Cuba bayangkan kita mempelawa 1,000 ahlinya untuk bertandang ke sini, ia bukan sahaja memperkenalkan Miri bagi diceritakan kepada rakyatnya di China, bahkan amat menguntungkan ekonomi negara kita," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mahu industri pelancongan bergabung serta bekerjasama dengan kelab atau persatuan pemancing bagi meningkatkan lagi kemudahan khas untuk sukan pancing terbabit.

Jelas Lai, Miri mempunyai tapak cadangan untuk menyediakan jeti khas bagi para pemancing di sini dan sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri.

"Kami kini hanya menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri mengenai cadangan terbabit. Diharapkan cadangan tersebut diterima baik untuk membantu meningkatkan sukan pancing berkenaan," tambahnya.

Terdahulu, Lai menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Pemancing-Pemancing China Yang Ming.

Hadir sama Presiden KPM Yee Chung Chai.

Print Friendly

Pertandingan <b>Memancing</b> Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2014 09:01 AM PDT

MIRI: Usaha Kelab Pemancing Miri memberi kesedaran dan mempromosikan Miri sebagai destinasi sukan memancing melalui Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri (Miri City International Deep Sea Fishing Tournament) sejak diperkenalkan tahun 2005 telah membuahkan hasil.

Bahkan, menurut Setiausaha Jawatankuasa Penganjuran Pertandingan Simon Wee, Miri kini turut menjadi antara empat tempat yang dipromosikan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi destinasi memancing.

"Destinasi lain adalah Rompin di Pahang, Langkawi (Kedah) dan Kota Kinabalu (Sabah)," katanya.

Wee berkata demikian kepada pemberita bersama beberapa jawatankuasa penganjur yang lain ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai di sini baru-baru ini.

Dalam kunjungan berkenaan, Datuk Bandar diberi taklimat mengenai atur cara aktiviti tersebut yang akan berlangsung pada 15 Mei hingga 18 Mei yang turut merupakan antara program yang diselitkan dalam sambutan Miri May Fest.

"Pertandingan yang akan mempromosikan Miri sebagai antara destinasi sesuai untuk sukan memancing, turut akan diperhebatkan lagi dengan kehadiran Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijangka akan merasmikan pertandingan terbabit.

"Selain itu, Kementerian Pelancongan juga akan membawa bersama para pengamal media antarabangsa, tempatan dan Semenanjung Malaysia serta agensi industri pelancongan bagi menghadiri pertandingan itu kelak," jelasnya.

Katanya, dalam jangka panjang, pertandingan terbabit bukan hanya sebagai acara bagi merancakkan sambutan Miri May Fest di sini serta kalendar pelancongan negeri, bahkan akan diselitkan dalam kalendar kebangsaan.

Menurut Wee, sambutan kali ini turut memberangsangkan dengan penyertaan pemancing dari luar negara yang semakin bertambah saban tahun.

"Tahun ini kami menjangkakan sejumlah 120 pemancing di mana negara China merupakan jumlah yang terbesar iaitu seramai 32 orang.

"Kami turut menyasarkan pemancing dan penggemar sukan pancing dari Hong Kong, India, Australia dan negara-negara Eropah untuk mengambil bahagian," katanya sambil menambah turut menerima penyertaan dari Jerman dan Norway.

Wee berkata, pihaknya akan menyewa 10 bot bagi membawa peserta ke kawasan laut dalam.

Hadiah wang tunai RM12,000 menanti juara dengan tangkapan terbesar bagi kategori individu.

Bagi pemancing yang berjaya menangkap ikan 'Giant Trevally' minimum atau lebih 10 kilogram turut akan diberi ganjaran wang tunai RM1,000.

Manakala bagi hadiah khas bernilai RM3,000 akan diberikan kepada pemancing yang berjaya memecahkan rekod pada 2012 dengan melebihi 61.8 kilogram.

Pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu individu (tangkapan seekor ikan besar) dan berkumpulan (tangkapan tiga ekor berlainan ikan yang besar).

Tarikh tutup penyertaan pertandingan tersebut adalah pada 8 Mei 2014.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut berhubung pertandingan berkenaan boleh menghubungi Wee di talian 012-8501995, Brian Ang (019-8741000), Yee Chung Chai (019-8151818) atau Kuan Wei Sung (012-8739699).

Mereka yang berminat juga boleh melayari laman sesawang di www.mirianglersclub.com.

Sementara itu, Lai memuji usaha yang dilakukan kelab terbabit dalam membantu merancakkan industri pelancong yang sekali gus meningkatkan ekonomi negara dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan di sini.

Print Friendly

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan