Kami Pancing Apa Saja: Jalan2 cari ikan di Kota Kinabalu, Sabah - Memancing di sabah
Kami <b>Pancing</b> Apa Saja: Jalan2 cari ikan <b>di Kota Kinabalu</b>, <b>Sabah</b> - Memancing di sabah |
Kami <b>Pancing</b> Apa Saja: Jalan2 cari ikan <b>di Kota Kinabalu</b>, <b>Sabah</b> Posted: 28 Jul 2012 11:18 PM PDT Baru-baru ini ahli KPAS iaitu Aizad berkesempatan berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah. "Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi"....eh silap perumpamaan pulak..."Bukan ahli KPAS la jika tidak mencari ikan" ini perumpamaan yang sesuai digunakan he..he..he.. Asyik tengok ikan kat tempat kita je, jom tengok ikan di tempat orang pulak.. Inilah mercu tanda Bandar Kota Kinabalu..Ikan Layaran... ikan ni dulu dikatakan disumpah oleh ibu si tanggang tu pasal jadi batu...he..he..he.. melawak je... Pagi-pagi elok pergi Pasar Basah dan lihat spesis-spesis ikan yang terdapat disini. seawal jam 600 pagi matahari sudahpun terbit disini (subuh jam 430 pagi jangan terlajak kome bulan puasa ni). antara ikan-ikan yang dijual... ikan-ikan yang dijual disini segar-segar..tak percaya tengok gambar diatas ikan cuba menyembunyi dan larikan diri ketika ambil gambar he..he..he.. ikan GT yang dijual..susah nak cari kat pasar semenanjung.. UJI RASHID.....bukan nama awek tu..tapi orang tempatan panggil ikan warna merah tu Uji Rashid..ha..ha..ha Aizad sempat bergambar dengan ikan Yellow Fin Tuna.. kat semenanjung mane ade yop.... Lepas pergi Pasar basah, singgah pulak ke Pasar Ikan Masin... Pada sebelah malam pulak boleh pergi ke Pasar Philipine untuk tengok ikan-ikan yang kena bakar (Ikan Bakar). Kalau nak makan kat tempat ni kena hati-hati, jika tidak anda akan sakit dibuat orang. (cerit birit kerana makan ikan tak berapa masak ha..ha..ha..) Lobster.. seko RM90.. nasib takde tempoyak je..kalo tak..kene gulai tempoyak dah menatang ni.. Antara spesis-spesis yang kene bako..kat sini kne pandai tawar menawar..kalo tak kene ketok le kome .. deme tahu kome orang luor.. Ikan merah (RM18) dan tuna slice (RM10) menjadi santapan aizad..murah je kome.. sebut pasal harga ikan di Kota Kinabalu, harga ikannya amatlah murah kalo ikan kembung sekilo baru RM2, sotong besar baru RM7/kg, udang belas-belas ringgit sekilo dan mengejutkan ikan tuna sirip kuning (yellow fin tuna) RM8/kg...tapi jangan terkejut jika selepas masak harganya boleh jadi 2,3 kali ganda..di kedai makan.. Update by : Aizad KPAS |
You are subscribed to email updates from memancing di sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan