Sertai Pertandingan Memancing anjuran Polis Marin Sarikei, Rabu ini - Memancing di sabah

Blog Admin | Rabu, Mei 14, 2014 | 0 ulasan

Sertai Pertandingan <b>Memancing</b> anjuran Polis Marin Sarikei, Rabu ini - Memancing di sabah


Sertai Pertandingan <b>Memancing</b> anjuran Polis Marin Sarikei, Rabu ini

Posted: 20 Apr 2014 09:01 AM PDT

SARIKEI:  Comunity Policing (NKRA) Polis Marin Sarikei akan menganjurkan Pertandingan Memancing.

Pertandingan ini akan dilangsungkan pada 23 April (Rabu) ini, di Tebingan Sungai Nyelong Sarikei dan Pangkalan Polis Marin Wilayah 5 Sarikei.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua dan ia akan bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang pada hari pertandingan.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, yuran yang bakal dikenakan kepada setiap peserta pertandingan adalah sebanyak RM10 untuk sebatang joran.

Semua jenis ikan akan dipertandingkan dan hidupan air selain ikan yang berjaya ditangkap adalah tidak dikira.

Ikan yang berjaya ditangkap akan terus ditimbang manakala ikan yang ditimbang selepas tempoh pertandingan tamat tidak akan dikira.

Tarikh tutup untuk menghantar borang penyertaan pertandingan ini ialah pada 22 April (Selasa) sebelum jam 5 petang.

Kategori yang diambil kira bagi menentukan pemenang pada pertandingan ini adalah menerusi berat ikan.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pada pertandingan ini ialah RM600 untuk johan pertandingan, RM300 kedua, RM200 ketiga, RM100 keempat dan RM50 untuk tempat kelima, keenam dan ketujuh pertandingan.

Bagi yang berada di kedudukan kelapan hingga ke-10 pula, mereka turut mendapat hadiah berupa sebuah hamper.

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi Koperal Iskandar di talian 019 8484420 atau Koperal Awang Ideris (014 8444411) pada waktu pejabat.

Print Friendly

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan