Lagi Penculikan Di Sabah, Prestasi Esscom Dipertikai | IdaMan - Memancing di sabah

Blog Admin | Jumaat, Mei 09, 2014 | 0 ulasan

Lagi Penculikan <b>Di Sabah</b>, Prestasi Esscom Dipertikai | IdaMan - Memancing di sabah


Lagi Penculikan <b>Di Sabah</b>, Prestasi Esscom Dipertikai | IdaMan

Posted: 03 May 2014 02:41 AM PDT



[hd]- Episod kejadian penculikan yang berlaku di Sabah akan menggugat jumlah kehadiran pelancong ke negara ini memandangkan ia melibatkan aspek keselamatan.

Ahli Palimen Batu, Tian Chua berkata, prestasi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan peruntukan lebih RM200 juta semakin dipertikaikan ekoran kejadian menggugat keselamatan kerap berulang.

"Sepatutnya ada peningkatan dari segi tindakan kesediaan untuk menghadapi ancaman keselamatan.

Malangnya kita lihat tidak ada langkah-langkah kecemasan tambahan.

"Dikhuatiri jika perkara ini berulang dan boleh menjatuhkan keyakinan pelancong," katanya dalam sidang media di sini.

Jelasnya sektor perlancongan sedia ada sudah tergugat ditambah dengan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Katanya, menteri dan agensi bertanggungjawab perlu menjawab perkara ini secara telus tanpa perlu memberikan alasan.

Dalam kejadian penculikan terbaru, Pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan warganegara China, Yang Zailin dilaporkan diculik di Silam, Lahad Datu pada jam 2.45 pagi tadi.

Dipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu melarikan diri ke arah selatan Filipina.

Sebelum itu, pada kira-kira pukul 11 malam Ahad, empat lelaki berpakaian seragam ala tentera merompak seorang guru dan tiga rakan beliau yang memancing di perairan Sungai Bilis di Tanjung Labian dengan melarikan dua enjin bot sangkut dan satu enjin bot pam.

Ia merupakan penculikan kedua dalam tempoh hampir sebulan.

Pada 2 April lalu, pelancong China Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort Marcy Darawan, 40, diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari Singamata Reef Resort di Semporna.

* [Gempar] Kes Terbaru Culik Bersenjata Di Sabah : Kejadian Penculikan Kedua Tahun Ini
* Sabah Diceroboh Lagi, Lelaki Bersenjata Rifel M-16 Curi Enjin Nelayan Dekat Lahad Datu
* Siri Penculikan : KM Sabah Umum Perintah Berkurung Di Kawasan Tertentu

Kail ikan, dapat anak buaya - The Borneo Post Online

Posted: 17 Apr 2014 09:06 AM PDT

PANCING ikan tapi dapat anak buaya.

Tangkapan itu amat mengejutkan seorang guru Sekolah Menengah Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching Ustaz Abang Marsal Karim ketika menyertai pertandingan memancing anjuran sekolah itu semalam.

Penolong Kanan Kokurikulum, Eh Fat E Sau berkata ustaz tersebut terpaksa 'bergelut' seketika dengan anak reptilia sepanjang kira-kira empat kaki itu sebelum berjaya mendaratkannya pada jam 8.30 pagi.

Pertandingan memancing yang merupakan antara aktiviti sempena Hari Kokurikulum Bersepadu sekolah itu diadakan di kolam sebelah sekolah yang terletak di Jalan Sultan Tengah.

Anak buaya itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat petang semalam.

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan