Sejarah Kaki Pancing Muar Bandar DiRaja - Memancing di sabah

Blog Admin | Sabtu, September 19, 2015 | 0 ulasan

Sejarah Kaki <b>Pancing</b> Muar Bandar DiRaja - Memancing di sabah


Sejarah Kaki <b>Pancing</b> Muar Bandar DiRaja

Posted: 09 Oct 2014 09:55 AM PDT

sejarah awal KPMBDR

sejarah bermula pada 2006, idea asal KPMBDR datang nye dari saudara Safari Jabar atau lebih di kenali sebagai Bro SJ. setelah di hantar bertugas di Malaysia timur lebih dari 12 tahun, apabila beliau pulang ke semanjung (Muar) beliau mula memancing semula dengan rod. Pada ketika itu, Muar baru sahaja di landa banjir besar. sebelum itu, kebanyakan beliau memancing menggunakan koyan ketika beliau berkhidmat selama 12 tahun di Sabah.

ketika di Muar, beliau mendapati budaya memancing di Muar sangat meriah, terdapat banyak tempat atau port memancing sekitar muar. tidak kira la teknik apa atau jenis ikan apa ingin di buru. hampir kesemuanya ada di Muar.tidak lupa juga, di Muar sering kali di anjurkan pertanding memancing, samada besar atau kecik, hampir setiap minggu atau bulan.

Sewaktu memancing saudara safari telah berkenalan dengan seorang sahabat, arahman bin ladawak. Mereka berdua sering mengikuti pertandingan memancing di sekitar Muar, Pontian dan Melaka…Pada april 2010 sewaktu ingin menyertai pertandingan memancing di pantai 1 malaysia , Melaka, saudara safari dan arahman tiba dilokasi dan melihat kaki pancing dari muar, tidak bersatu dan bersaing sesama sendiri, dan dari situlah terlintas difikiran mereka berdua untuk menyatukan pemancing-pemancing dari muar agar pergi kemana dengan membawa nama Muar. namun ketika ini, konsep mewakili Muar telah berkembang kepada satu group yang lebih kepada perkongsian seluruh Malaysia. tidak terhad di kawasan Muar sahaja

penubuhan Facebook Group KPMBDR

pada 2010, timbul idea untuk mewujudkan satu group di facebook. Namun masih tiada sambutan pada peringkat awalnya. Pada ketika itu, nama yang di pilih adalah Kaki Pancing Muar. dan pada 2012, nama Group ini telah di tukar kepada Kaki Pancing Muar Bandar DiRaja. pada permulaan, sebelum wujudnya Facebook group ini, aktiviti lebih kepada kawasan setempat. namun, setelah wujudnya KPMBDR di Facebook, ianya telah berkembang ke seluruh Malaysia. KPMBDR mempunya ahli teramai di Muar dan Kuantan, terdapat beberapa ahli dari negeri-negeri di semenanjung Malaysia, Singapura, Sabah, Serawak dan juga di Amerika Syarikat. Di harapkan kami dapat pergi lebih jauh, dan adanya ahli yang active dari kawasan luar Negara.

pemilihan logo dan baju KPMBDR

identiti KPMBDR telah di naik taraf dengan wujudnya logo dan baju beridentitikan KPMBDR. semasa proses mewujudkan identiti ini, founder dan semua co-founder telah berbincang, akhirnya wujud la satu identiti KPMBDR seperti sekarang. Kebetulan warna yang di pilih telah menjadi warna tema Johor ketika ini.

logo KPMBDR
baju KPMBDR

Penjualan baju KPMBDR tidak melibatkan sebarang keuntungan, namun semasa proses penjualan baju tersebut, kami dapati hampir pembeli datang dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia, bukan hanya kawasan sekitar Muar. 

perkongsian ilmu

secara amnya, di dalam KPMBDR, terdapat beberapa cabang utama, di mana setiap cabang mempunyai pengikutnya tersendiri. antara cabang nye, adalah pemancing teknik Casting, teknik Surf Casting, memancing udang. penrkongsian dari peminat-peminat cabang tersebut sangat menggalakan.

Bro SJ bersama En Amran (Joran Emas) dan di sebelah kanan Mat Jawa (Joran Emas)

harapan dan masa depan KPMBDR

KPMBDR sangat aktif dalam usaha mendidik pemancing dengan etika seorang pemancing dan penjagaan alam sekitar. selain itu KPMBDR juga aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan, seperti bantuan kilat, sambutan keraian, sambutan keagamaan dan sebagainya. KPMBDR juga sering menyerapkan konsep respect to each other dan keselamatan

ketika memancing. selain itu konsep kesama-rataan tanpa mengira bangsa, agama atau pangkat sememangnye telah di amalkan sejak dari penubuhan KPMBDR. ini merupakan antara tunjang di dalam KPMBDR.

keselamatan di utamakan, pakai la jaket keselamatan.

sekian terima kasih.

p/s: saya yang menulis adalah Azizi, segala bahan penulisan ini di ambil ketika sesi temubual bersama Founder En Safari

sumber – penulisan asli

#azizi

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan