Pustaka Negeri anjur Pertandingan Memancing Lan Ngail ... - Memancing di sabah

Blog Admin | Isnin, Oktober 20, 2014 | 0 ulasan

Pustaka Negeri anjur Pertandingan <b>Memancing</b> Lan Ngail <b>...</b> - Memancing di sabah


Pustaka Negeri anjur Pertandingan <b>Memancing</b> Lan Ngail <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2014 02:48 PM PDT

KUCHING: Sempena Karnival Ilmu dan Hari Inovasi, Pustaka Negeri Sarawak menganjurkan Pertandingan Memancing Lan Ngail di Tasik Pustaka, kelmarin.

Seramai 199 peserta mengambil tempat di sekitar tasik bagi menyertai pertandingan yang bermula pada jam 8 pagi hingga 1 petang itu.

Pertandingan itu merupakan program anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Pustaka yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Pustaka dan orang awam.

Ia juga menjadi aktiviti riadah di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Razali Sebli, juara pancing yang berjaya merangkul kedudukan johan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800 serta peralatan memancing manakala tempat kedua pula berjaya dirangkul oleh Awang Ismail Awang Ramli yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta peralatan memancing.

Manakala tempat ketiga dimenangi Sahri Suip yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300 serta peralatan memancing.

Peralatan memancing merupakan tajaan TCE Tackels Sdn Bhd.

Razali berjaya memancing ikan rohu seberat 2 kilogram (kg) manakala Awang Ismail pula berjaya memancing ikan rohu seberat 1.9 kg yang melayakkannya menduduki tempat kedua dan ikan rohu seberat 1.8 kg dipancing Sahri.

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Throwback - Family Day D7L 2015 at Pulau Mabul, <b>Sabah</b> - fish hunter

Posted: 08 Oct 2014 06:30 PM PDT

Sudah agak lama saya mengenali dan menyertai team D7L, Bagi yang belum mengenali team ini. Team D7L merupakan Team Kaki pancing yang terdiri ahlinya dari pemancing-pemancing Melayu Profesional di pelusuk negara kita. Team D7L ini terkenal dengan kegiatan aktifnya dalam arena memancing serta menjelajah lubuk-lubuk memancing baru yang di sekitar pelusuk Asia Tenggara.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Team D7L boleh la click di muatan dewa7lautan.blogspot.com.

Pertengah tahun 2014, Team D7L telah merancang satu Family Day di Pulau Mabul, Sabah. Lokasi ini dipilih kerana sesuai untuk keluarga beriadah di samping kami dapat memancing di sekitar pulau ini. Di sini saya sertakan sedikit coretan pengalaman semasa menyertai Family Day ini.

Resort Arung Hayat menjadi lokasi penginapan kami.

Suasana Pulau yang mendamaikan

Melayan anak-anak bermandi manda

Stock makanan untuk persediaan memancing pada esok hari

Awal-awal pagi pada pukul 5.30 a.m kami harus bergerak menuju ke destinasi.

Indahnya ciptaan tuhan di waktu fajar terbit

Kami bergerak 2 bot


Tiba di destinasi.

Mengikut cara tradisional pemancing tempatan, batu-batu ini akan dijadikan sebagai batu ladung atau pemberat.

Umpan isi ikan diikat bersama batu-batu pemberat

Dakwat sotong disertakan bersama umpan sebagai penarik ikan.

Skip Jack Tuna yg sudi melayan kami.

Hanya ikan Belitung atau Dorado yang berjaya saya perolehi

Nalayan berhampiran yang berjaya menaikan Tuna Sirip Biru (Bluefin Tuna) menggunakan teknik tradisional.

Selepas seharian memancing, kami pulang ke resort untuk mengisi masa bersama keluarga.

Lobster yang murah di sini bakal menjadi hidangan makan malam kami.


Hari selebihnya kami lebih bersantai-santai meluangkan masa bersama family dan rakan-rakan yang lain. Insyallah pada tahun hadapan, lokasi lain akan dipilih untuk dijadikan lokasi Family day D7L

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan