<b>Memancing di</b> Labuan</b> - <b>Pancing</b> Labuan - Blogger - Memancing di sabah

Blog Admin | Isnin, Ogos 11, 2014 | 0 ulasan

<b>Memancing di</b> Labuan</b> - <b>Pancing</b> Labuan - Blogger - Memancing di sabah


<b>Memancing di</b> Labuan</b> - <b>Pancing</b> Labuan - Blogger

Posted: 01 Aug 2014 03:50 PM PDT

Ada sesuatu yang unik di negara kita. Sesuatu perkara itu selalunya berlaku bermusim dan berturut-turut. Jika mula berlaku tanah runtuh misalnya, selalunya beberapa kejadian lagi akan berlaku selepas itu. Begitu juga jika ada kes penderaan pembantu rumah, kanak-kanak mati di taska, kes orang hilang, remaja perempuan dilarikan ke Lombok dan sebagainya, selalunya kejadian yang sama akan berturut-turut berlaku untuk beberapa lama sehingga ia menjadi perbualan di seluruh negara.

Perkara yang saja kini nampaknya sudah menjangkit ke dunia politik pula.

Selepas pilihanraya umum 2013, suara-suara yang meminta Najib berundur mula kedengaran. Ia bukan saja kerana prestasi beliau lebih buruk berbanding pencapaian Pak Lah pada 2008, tetapi juga kelemahan yang berterusan dan sikap tidak mahu berubah sehingga lebih ramai yang percaya kekalnya beliau akan menyebabkan BN lebih mudah ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang ini.

Tetapi jika sebelum ini, hanya golongan penulis, blogger, pemimpin veteran UMNO dan seumpamanya saja yang menyuarakan perlunya Najib berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui parti serta kerajaan tetapi kini seruan yang sama turut datangnya daripada kelompok yang terlibat secara langsung dalam politik.

Bermula dengan perletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy ssbagai timbalan menteri dan kemudian meminta Najib segera meletakkan jawatan kerana diangggap khianat dan mungkir janji untuk membantu golongan miskin kaum India, seruan yang sama kemudian datang pula daripada pemimpin Sabah, Jeffrey Kitingan yang mengetuai parti STAR.

Jika Waytha sekadar meminta Najib meletakkan jawatan atas alasan sudah kehilangan moral politik sebagai pemimpin yang seharusnya berpegang pada janji, Jeffrey pula bukan saja mengecam Perdana Menteri sebagai pemimpin yang membawa banyak masalah kepada negara, malahan mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai alternatif yang terbaik sebagai penggantinya.

Dengan menyedari bahawa kemenangan BN banyak bergantung kepada kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak, saranan Jeffrey tidak lain ialah untuk memancing perhatian parti-parti lain di kedua-dua negeri itu agar mempunyai lorong kesedaran yang sama dengannya.

Beralihnya sokongan yang diterima BN selama ini, sama ada di Sabah mahu pun Sarawak, adalah petanda maut bagi Najib.


Dan jika diambil kira seruan perletakan jawatan itu sesuatu yang bermusim dan akan dituruti oleh pihak lain pula, kebarangkalain lebih ramai yang tampil meminta Najib segera meletakkan jawatan selepas ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Ramai yang menunggu, siapa pula yang akan bersuara meminta Najib meletakkan jawatan selepas ini.

Tambahan pula dengan sikap Najib yang nampaknya masih kaku, tidak mahu berubah serta lambat memberi respon terhadap sesuatu isu, ia secara langsung memperlihatkan kepimpinannya yang semakin lemah dan tidak lagi relevan dalam dunia yang serba pantas sekarang ini.

Dalam isu Waytha meletakkan jawatan misalnya, Najib hanya memberi respon dan meluahkan kekecewaannya dengan tindakan pemimpin Hindraf itu setelah tujuh hari kemudiannya. Dan kini, walaupun Waytha terus mengkritiknya sambil mendesaknya segera berundur sebagai Perdana Menteri, Najib masih belum lagi memberi responnya.

Di ketika semua perkara semakin pantas, kelembapan Najib ini tidak boleh diterima sama-sekali kerana ia memperlihatkan beliau sudah kehilangan upaya untuk mempertahankan dirinya. Lebih memburukkan keadaan, pemimpin UMNO dan kerajaan yang dilihat masih mempunyai semangat untuk mempertahankan Najib pula hanya dua tiga kerat saja.

Di samping itu, selepas pilihanraya kecil Kajang yang akan menyaksikan Anwar menjadi MB Selangor berserta keupayaan melakar imej lebih baik untuk PR, ia dalam masa yang sama juga akan menjadikan UMNO, BN dan kerajaan semakin terperosok untuk meraih sokongan rakyat.

Dengan itu, Najib akan terus dipersalahkan dan keperluan beliau segera berundur akan menjadi semakin meningkat. Mahathir yang sekarang ini pun sudah memperlihatkan kerisauannya dengan gerakan baru Anwar di Kajang pasti tidak akan berdiam diri atau melihat dengan berpeluk tubuh saja kebangkitan musuh politiknya untuk menawan Putrajaya.

Satu-satunya perkara yang tidak sanggup dihadapi oleh Mahathir ialah jika Anwar akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri.

Dan satu-satunya juga peluang yang mungkin ada untuk mengelakkan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri ialah dengan segera menukar Najib dan menggantikannya dengan pemimpin lain yang lebih diyakini dan diterima rakyat. Najib hampir pasti akan dikambing-hitamkan dalam pertempuran ini.

Sebab itu, sebaik saja Anwar menang di Kajang, musim mendesak Najib berundur yang sudah pun bermula ketika ini, pasti akan lebih rancak lagi. Sekarang ini bukan saja gerakan itu seperti sudah bermula, bahkan sudah kedengaran apa pihak yang akan tampil lebih berani dan lantang daripada Waytha dan Jeffrey Kitingan lagi.

Tak percaya? Tungguuuuu....!!

SH

</b> perairan pantai timur <b> - <b> - <b>Pancing Sabah</b> - Blogger

Posted: 29 Apr 2014 03:31 PM PDT

Blog Admin | Rabu, April 30, 2014 | 0 ulasan


<b>Memancing di</b></b> perairan pantai timur <b> - <b>Pancing Sabah</b>

Posted: 22 Mar 2014 03:35 PM PDT

Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  

Loading ... Loading ...

SIBU: Sekumpulan tiga lelaki yang berpura-pura memancing di tepi parit berdekatan sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan warga tua dipercayai ber­tanggungjawab memecah masuk rumah mereka di Jalan Merlin, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, rumah pasangan warga tua tersebut dipecah masuk dan pencuri melarikan dompet pemilik rumah yang berumur dalam lingkungan 60-an.

Menurut pengadu, ister­inya yang tidur di ruang tamu tingkat bawah hanya menyedari insiden tersebut selepas bangun sekitar jam 4 pagi ketika mendapati dua keping tingkap di dapur dibuka dan besi jeriji dalam keadaan bengkok.

Si isteri terus pergi menda­patkan suaminya yang tidur di tingkat atas untuk memeriksa keadaan di rumah mereka dan mendapati dua telefon bimbit turut hilang.

Setelah memeriksa kead­aan di rumahnya, pengadu mendapati dompetnya yang mengandungi wang tunai beberapa ratus ringgit hilang di dalam bilik tidurnya.

Terdahulu, jiran pasangan warga tua itu seorang lelaki dan rakannya yang baharu pulang berhibur di bandar ini sekitar jam 2 pagi ada ter­nampak dua lelaki membawa parang dan pisau manakala seorang lagi berada dalam kereta Proton Saga berwarna putih sedang berlegar-legar di depan rumah pasangan warga tua tersebut.

Curiga dengan keadaan itu, dia bersama rakannya mendekati kereta Proton Saga berkenaan dan bertanya ke­pada lelaki yang berada dalam kereta tersebut.

Selepas, lelaki itu men­jelaskan kepadanya bahawa mereka mahu memancing di tepi parit di situ, dia dan rakannya terus beredar dari situ tanpa mengesyaki apa tujuan sebenar tiga lelaki terbabit.

Pada pagi yang sama, pen­gadu memberitahu jiran tersebut mengenai apa yang terjadi pada malam itu.

Pengadu bersyukur ker­ana pencuri yang memecah masuk rumah mereka tidak mencederakan mereka ber­dua disebabkan mereka tidur lena.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu pada pagi yang sama.

Category: Sarawak

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

pengalaman seram <b><b>memancing di</b></b> tasik <b>...</b> - <b>Pancing Sabah</b>

Posted: 25 Apr 2014 03:13 PM PDT

Smt mlm kawan2.. I'm back.. Hehehe.. Mlm ni sya mo cerita satu pengalaman seram sya di Labuan.. Emm.. Sya bru ja 6 bulan pindah kerja cni.. Biasa la kan.. Mula2 dtg mmg berabis mo sesuaikan diri di tpt urang.. Hehe.. Nak dijadikan cerita ni, satu bulan pertama sya di tpt kerja bru biasa dgn kawn2 baru.. Ada la satu best fren sya ni yg gila memancing.. Nama dia c Jimmy.. Dia dri daerah Ranau.. Tp suda lama kerja di Labuan. Ble dikatakan semua lubuk ikan di Labuan dia suda round.. Sya pn kaki pancing juga ba ni.. Hehe.. Satu hari, dia bwa sy pg memancing di satu tasik yg feymes cni.. Nama dia Tasik Orkid.. Sya percaya member2 dlm group ni yg tgl di Labuan tau ni tpt.. Sbnrnya org luar dilarang masuk ke tpt tu tapi kami dpt masuk coz ada sorang kawan yg tgl di perumahan Tasik orkid.. Time memancing tu kan (kira2 jam 3.40pm) banyak jugak lah ikan kmi dpt.. Ada Talapia,Toman cma Haruan.. Tp c Jimmy blm puas hati. Dia bwa sya di satu bhg tasik yg kemudiannya kmi kc nama "lubuk kaloi" sbb banyak ikan kaloi sana.. Jarak di lebih kurang 400 meter ja dri lokasi kmi memancing mula2 tp utk sampai sana mo meredah semak samun dan paya lumpur.. C Jimy yg jln dlu coz sya mc syok tarik ikan Toman.. 30 minit kemudian sya menyusul c Jimmy..

   Dlm perjalanan tu kan, tiba2 bediri bulu roma sya..!! Sya dpt rasakan langkah kaki sya semakin berat..! Dan yg paling sandi,sya nampak mcm kepulan asap hitam berbentuk bulat dan besar mcm Tong sampah di blkg sya..! Punya shit..! Sya kc ignore ja dia..(walaupun sya takut).. Tu benda ikut dlm 5 minit ka tu.. Sya sambil2 baca doa.. X lama kemudian, sya dgr c Jimmy panggil nama sya.. Bru sya sedar yg sya suda kc limpas c Jimmy lebih kurang 100 meter di blkg.. Tu benda pun x da suda.. Sya cpt2 pg tpt c Jimmy tp sya x bg tau dia pasal tu benda.. Syok dia tarik ikan Kaloi sambil dgr lagu2 di henpon dia.. Jam 5.30pm kami balik. Kmi singgah di rumah kawan dia utk minum..(besa la di labuan).. Time minum2 tu kan, sya pn cerita c Jimmy la pasal benda yg sya nampak di tasik petang tu.. Trus dia senyum tgk sya.. Dia blg, hehe.. Sya ingat sya ja kna kacau.. Rupanya itu barang pg sakat ko juga ka..? Trus sya tediam ne.. Sya blg kitai ko Jimmy.. Napa ko x kc tau sya..? Sya takut separuh mati suda oo.. Klu ko x panggil sya,mgkin sya hilang di tasik suda tu.. Trus dia blg, ko ingat ko ja takuj.? Pasal tu la sya kc full volume tu lagu di henpon sya.!! Huhuhu.. Trus sya bengong ne.. Last2 tu kawan c Jimmy cakap, itu tempat mmg sesuai utk memancing.. Tp jangan stay sana sampai Mgrib.. Mcm2 benda ble jadi.. Hehe.. Sya x akan lupa tu pengalaman.. Lebih2 lg kami dpt 78 ekor ikan toman time tu.. Blm campur ikan Talapia cma haruan.. Tasik orkid.. Nanti sya mo pg apil balik..!!

 Story Original Copyright © 2012 Gidik Gaidi Group PARANORMAL All rights reserved
All posts are not modified or corrected language,this is the original post.

PUNCA SEBENAR PENGGANAS BERMAHARAJALELA <b>DI SABAH</b>

Posted: 19 Jul 2014 02:09 PM PDT

PUNCA PENGGANAS BERMAHARAJALELA DI SABAH

"SELAGI ADA KAMPUNG AIR, SABAH TIDAK SELAMAT" - TUN MAHATHIR | Pasti anda tertanya-tanya bagaimana pengganas dengan mudah boleh masuk dan menceroboh perairan negeri Sabah khususnya. Sabah sering saja menjadi sasaran Abu Sayyaf yang gemar menculik dan meminta wang tebusan.

Bagaimana pengganas boleh masuk dengan mudah di perairan negeri Sabah? Jom kita baca ulasan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai isu ini.

1. Sejak dahulu kala lagi terdapat kampung air di Sabah dan Sarawak. Kampung-kampung ini biasanya didiri di muara sungai atau dalam air di pinggir laut. Penempatan ini membolehkan perahu diguna untuk perjalanan atau tangkapan ikan.

2. Lagipun sampah sarap boleh dibuang ke dalam air. Demikian juga dengan najis manusia.

3. Di zaman dahulu jumlah penduduk tidak ramai. Najis dan sampah pun tidak banyak. Gerakan air pasang surut dan pengaliran air boleh membawa sampah dan najis jauh ke tengah laut dan hilang begitu sahaja.

4. Hari ini jumlah penduduk kampung air sudah ramai dan sampah dan najis yang lebih banyak tidak lagi dibawa arus dan ombak ke laut dalam. Kebanyakan najis dan sampah kekal di bawah rumah dan di sekeliling kampung air. Apabila air surut najis dan sampah kelihatan di bawah rumah dan sekitar.

5. Sekarang perahu sebagai kenderaan tidak lagi mustahak. Jalan-jalan sudah ada yang menghubungi kampung-kampung ini dengan kampung dan bandar lain di daratan.

6. Bekalan makanan juga tidak lagi bergantung kepada memancing di sekitar kampung. Kedai dan kampung berdekatan boleh membekal segala keperluan penduduk kampung air. Jika mereka nelayan, kampung air tidak perlu. Ramai nelayan di seluruh Malaysia tidak tinggal di kampung air.

7. Sesungguhnya zaman kampung air sudah berakhir. Cara hidup dalam kampung air tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang dengan adanya jalan dan bekalan yang cukup.

8. Seperti kita semua maklum peristiwa serangan pengganas di Lahad Datu terjadi kerana kampung air sukar diawasi dan dikawal oleh pihak berkuasa. Biasanya pendatang ke negara Malaysia perlu melalui pintu rasmi yang mempunyai pegawai imigrasi, kastam dan polis. Tujuannya tentulah kerana bukan sahaja cukai perlu di kutip ke atas barangan yang dibawa masuk, tetapi juga barang yang diharamkan, seperti dadah, senjata boleh dirampas. Pendatang yang tidak ada paspot tentulah tidak akan di benar masuk.

9. Kampung air sebenarnya menjadi pintu masuk tidak rasmi ke negara. Pendatang dengan bot boleh mendarat melalui mana-mana sudut kampung air tanpa diketahui oleh sesiapa. Di waktu malam penyeludupan barangan dan senjata boleh dilakukan dan disimpan dalam rumah kampung air.

10. Di waktu pengganas menyerang Lahad Datu, pasukan keselamatan terdedah kepada serangan dan tembakan oleh pengganas yang bersembunyi dalam rumah dalam kampug air. Perjalanan pihak polis mudah didengar dan dilihat oleh pengganas. Polis berjalan atas titian kayu yang sempit dan tidak kemas. Tidak ada tempat untuk melindung diri jika diserang. Amat sukar bagi polis membeza antara penduduk dan pengganas. Ini mengganggu mereka sehinggalah mereka diserang. Mereka akan terbunuh atau tercedera sebelum dapat menembak balas. Peristiwa seperti ini sudah pun berlaku.

11. Beberapa anggota polis dan tentera terbunuh apabila mereka cuba menggeledah rumah-rumah kampung air di waktu serangan oleh pengganas di Lahad Datu.

12. Selagi ada kampung air selama itulah Sabah terutamanya tidak selamat dari pencerobohan oleh pengganas dan penyeludup. Selepas peristiwa Lahad Datu, berlaku lagi serangan oleh pengganas.

13. Rondaan oleh pasukan keselamatan di laut dan di darat tidak dapat menghalang seratus-peratus penculikan dari berlaku.

14. Amatlah memalu apabila Malaysia tidak pun mampu menghalang pengganas dari memasuki wilayah bila-bila masa sahaja. Apa akan terjadi jika serangan oleh beribu pengganas berlaku? Ingatlah, kita tidak terfikir 200 orang dapat mendarat dan menguasai satu kawasan di Sabah. Tetapi ia berlaku.

15. Masa sudah tiba untuk penduduk kampung air dipindah dan ditempatkan di kawasan yang lebih selamat di daratan. Kosnya tentu tinggi tetapi saya percaya Malaysia yang mampu membelanja berbillion Ringgit untuk projek yang kurang penting boleh membiayainya. Di masa yang sama alatan seperti bot laju, pesawat intip dan senjata canggih perlu dibekal kepada pasukan keselamatan. Hari ini pesawat mengintip sudah begitu canggih sehingga tidak mungkin sesiapa boleh bersembunyi samada siang atau malam.

16. Sesungguhnya cara hidup di kampung air sudah melampaui zaman. Ia sudah tentu tidak akan mencerminkan imej Malaysia maju yang kita fikir kita akan jadi menjelang 2020.

<b>Memancing di</b> perairan pantai timur <b>Sabah</b>: <b>Memancing di</b> perairan <b>...</b>

Posted: 04 May 2010 11:59 PM PDT

This blog is a result of my rod along I was in Lahad Datu Sabah Malaysia. I am very honored to anyone who wants to share experiences in these activities in any way fishing in salt water or fresh water.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan