sabah-nan-indah - Pancing Labuan - Blogger - Memancing ... - Memancing di sabah
<b>sabah</b>-nan-indah - <b><b>Pancing</b> Labuan</b> - Blogger - <b>Memancing</b> <b>...</b> - Memancing di sabah |
- <b>sabah</b>-nan-indah - <b><b>Pancing</b> Labuan</b> - Blogger - <b>Memancing</b> <b>...</b>
- <b>Memancing di</b></b> perairan pantai timur <b> - <b>Pancing Sabah</b>
- <b>Memancing di</b> Labuan - <b>Pancing</b> Labuan - Blogger
<b>sabah</b>-nan-indah - <b><b>Pancing</b> Labuan</b> - Blogger - <b>Memancing</b> <b>...</b> Posted: 10 Feb 2014 12:00 AM PST Labuan terletak 115km daripada selatan Kota Kinabalu, penerbangan memakan masa lebih kurang setengah jam, dua setengah jam dengan feri.Ia mempunyai keluasan sebesar 95 kilometer persegi. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini serta tempat menarik untuk dilawati termasuklah:- Snorkel di sekeliling pulau lawatan ke rumah panjang sukan memancing memancing di tepi pantai menyelam dalam bangkai kapal karam yang dikenali dengan nama 'Wreck Diving.' membeli-belah di tempat bebas cukai di Jalan OKK Awang Besar Berkayak Menjamu selera dengan makanan laut segar. Kampung Air. Taman botanikal, dikenali sebagai Bumbung 12, terletak di belakang lapangan terbang lama. Marine Park yang merangkumi Pulau Rasukan Kecil, Pulau Rasukan Besar dan Pulau Kuraman. Boleh berkelah dan berjemur, berenang, berkhemah. Muzium Labuan mempamerkan budaya serta sejarah Labuan. The Chimney setinggi 106 kaki dibina pada tahun 1800an. Ia merupakan mercu tanda popular di Labuan. Rahsia masih menyelubungi sebab sebenar ia dibina. Muzium Marin Labuan mempamerkan pelbagai hidupan laut. Memorial Perang Dunia Ke-2 merupakan kawasan perkuburan tentera terbesar di Malaysia. Sebahagian besar dari jumlah 3908 terdiri daripada tentera Australia, Britain dan India. Upacara Mengingati dijalankan pada hari Ahad paling hampir kepada 11hb November setiap tahun. Peace Park terletak di Layang-Layangan. Japanese Surrender Point terletak di Layang-Layangan. Ia adalah tempat ke-37 di mana Askar Jepun bagi rantau selatan menyerah diri kepada tentera Diraja Australia ke-9 pada 9hb September 1945. Dataran Labuan merupakan tempat mengadakan pentas terbuka bagi kebanyakan pesta penting di Labuan. Di sini terletaknya tiang bendera yang mengibarkan bendera Malaysia. Taman Burung - terletak berhampiran Terowong Tanjung Kubong, mempamerkan sebahagian besar burung tropika dari rantau ini. Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - bertaraf dunia, meliputi kawasan seluas 5.91 ekar. Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat sukan air laut, kedai cenderahati, tempat makan dan sebagai menara tinjauan. Muzium marin Labuan juga terletak di sini. 4 buah Bangkai Kapal yang Karam di Labuan:- Hotels Sheraton Hotel Tiara Labuan Hotel and Service Apartment Beta Service Apartment The Waterfront Manikar Beach Resort Boutique Hotel Sara Hotel 2-Star Hotel Hotel Global Mariner Hotel Budget Hotel Hotel Pulau Labuan Hotel Ambassador Victoria Hotel Pulau Labuan Inn Hotel Pulau Labuan - branch Sky Global Hotel |
<b>Memancing di</b></b> perairan pantai timur <b> - <b>Pancing Sabah</b> Posted: 24 Feb 2014 03:34 PM PST Ada sesuatu yang unik di negara kita. Sesuatu perkara itu selalunya berlaku bermusim dan berturut-turut. Jika mula berlaku tanah runtuh misalnya, selalunya beberapa kejadian lagi akan berlaku selepas itu. Begitu juga jika ada kes penderaan pembantu rumah, kanak-kanak mati di taska, kes orang hilang, remaja perempuan dilarikan ke Lombok dan sebagainya, selalunya kejadian yang sama akan berturut-turut berlaku untuk beberapa lama sehingga ia menjadi perbualan di seluruh negara. Perkara yang saja kini nampaknya sudah menjangkit ke dunia politik pula. Selepas pilihanraya umum 2013, suara-suara yang meminta Najib berundur mula kedengaran. Ia bukan saja kerana prestasi beliau lebih buruk berbanding pencapaian Pak Lah pada 2008, tetapi juga kelemahan yang berterusan dan sikap tidak mahu berubah sehingga lebih ramai yang percaya kekalnya beliau akan menyebabkan BN lebih mudah ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang ini. Tetapi jika sebelum ini, hanya golongan penulis, blogger, pemimpin veteran UMNO dan seumpamanya saja yang menyuarakan perlunya Najib berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui parti serta kerajaan tetapi kini seruan yang sama turut datangnya daripada kelompok yang terlibat secara langsung dalam politik. Bermula dengan perletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy ssbagai timbalan menteri dan kemudian meminta Najib segera meletakkan jawatan kerana diangggap khianat dan mungkir janji untuk membantu golongan miskin kaum India, seruan yang sama kemudian datang pula daripada pemimpin Sabah, Jeffrey Kitingan yang mengetuai parti STAR. Jika Waytha sekadar meminta Najib meletakkan jawatan atas alasan sudah kehilangan moral politik sebagai pemimpin yang seharusnya berpegang pada janji, Jeffrey pula bukan saja mengecam Perdana Menteri sebagai pemimpin yang membawa banyak masalah kepada negara, malahan mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai alternatif yang terbaik sebagai penggantinya. Dengan menyedari bahawa kemenangan BN banyak bergantung kepada kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak, saranan Jeffrey tidak lain ialah untuk memancing perhatian parti-parti lain di kedua-dua negeri itu agar mempunyai lorong kesedaran yang sama dengannya. Beralihnya sokongan yang diterima BN selama ini, sama ada di Sabah mahu pun Sarawak, adalah petanda maut bagi Najib.
Ramai yang menunggu, siapa pula yang akan bersuara meminta Najib meletakkan jawatan selepas ini. Tambahan pula dengan sikap Najib yang nampaknya masih kaku, tidak mahu berubah serta lambat memberi respon terhadap sesuatu isu, ia secara langsung memperlihatkan kepimpinannya yang semakin lemah dan tidak lagi relevan dalam dunia yang serba pantas sekarang ini. Dalam isu Waytha meletakkan jawatan misalnya, Najib hanya memberi respon dan meluahkan kekecewaannya dengan tindakan pemimpin Hindraf itu setelah tujuh hari kemudiannya. Dan kini, walaupun Waytha terus mengkritiknya sambil mendesaknya segera berundur sebagai Perdana Menteri, Najib masih belum lagi memberi responnya. Di ketika semua perkara semakin pantas, kelembapan Najib ini tidak boleh diterima sama-sekali kerana ia memperlihatkan beliau sudah kehilangan upaya untuk mempertahankan dirinya. Lebih memburukkan keadaan, pemimpin UMNO dan kerajaan yang dilihat masih mempunyai semangat untuk mempertahankan Najib pula hanya dua tiga kerat saja. Di samping itu, selepas pilihanraya kecil Kajang yang akan menyaksikan Anwar menjadi MB Selangor berserta keupayaan melakar imej lebih baik untuk PR, ia dalam masa yang sama juga akan menjadikan UMNO, BN dan kerajaan semakin terperosok untuk meraih sokongan rakyat. Dengan itu, Najib akan terus dipersalahkan dan keperluan beliau segera berundur akan menjadi semakin meningkat. Mahathir yang sekarang ini pun sudah memperlihatkan kerisauannya dengan gerakan baru Anwar di Kajang pasti tidak akan berdiam diri atau melihat dengan berpeluk tubuh saja kebangkitan musuh politiknya untuk menawan Putrajaya. Satu-satunya perkara yang tidak sanggup dihadapi oleh Mahathir ialah jika Anwar akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri. Dan satu-satunya juga peluang yang mungkin ada untuk mengelakkan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri ialah dengan segera menukar Najib dan menggantikannya dengan pemimpin lain yang lebih diyakini dan diterima rakyat. Najib hampir pasti akan dikambing-hitamkan dalam pertempuran ini. Sebab itu, sebaik saja Anwar menang di Kajang, musim mendesak Najib berundur yang sudah pun bermula ketika ini, pasti akan lebih rancak lagi. Sekarang ini bukan saja gerakan itu seperti sudah bermula, bahkan sudah kedengaran apa pihak yang akan tampil lebih berani dan lantang daripada Waytha dan Jeffrey Kitingan lagi. Tak percaya? Tungguuuuu....!! SH |
<b>Memancing di</b> Labuan - <b>Pancing</b> Labuan - Blogger Posted: 26 Oct 2011 12:00 AM PDT Hari ini kami menerima tetamu dari jauh. Seorang aktivis mahasiswa yang selalu membuat 'onar' di semenanjung demi menuntut keadilan dan kebebasan bersuara untuk mahasiswa. Merupakan bekas pelajar di UMS KAL dan kini menuntut di KUIS. Pada pagi itu hanya Harieyadi dan Hakim yang menjemput shukri di airport dengan menggunakan kereta myvi milik Qatrun. Aku pada masa itu masih lagi tidur-tidur ayam. Jadi aku tinggalah sorang di rumah. Mereka sampai di rumah selepas zohor. Lambat juga mereka sampai (dalam hati), sebab mereka singgah membeli alatan memancing di bandar. Inilah kali kedua aku berjumpa dengan Shukri. Kali pertama, ketika beliau memberi ucapan ketika mahasiswa UMS KK membuat demo senyap untuk Palestin. Petang itu juga aku terpaksa menjadi 'chef'. Ketika di rumah aku lihat Shukri sibuk dengan panggilan-panggilan dari seberang terutamanya media. Ini kerana sebelum beliau ke Labuan, beliau selaku Pengerusi SMM telah mengadakan demo lilin di UIAM untuk menuntut kebebasan Prof. Aziz Bari. Seorang pensyarah di UIAM. Selepas solat asar, kami pun bergerak ke destinasi untuk memancing. Mencari tempat yang sesuai untuk memancing. Akhirnya kami memilih port sekitar Manikar Beach berdekatan dengan kawasan rumah yang paling besar di Labuan. Laman rumah sahaja boleh di buat padang golf. Tidak berapa lama pancing Shukri mengena sesuatu. Rupanya ikan, pertarungan pun bermula. Ketika hendak menaikkan ikan berkenaan ke tebing, ikan tersebut berjaya meloloskan dirinya sebelum sempat dimasukkan ke dalam bekas. Geram juga tak dapat ikan tersebut, namun kami pasrah ianya bukan rezeki kami. Aktiviti memancing diteruskan lagi hingga ke maghrib, Namun, kami berasa hampa kerana selepas ikan tersebut terlepas kami tidak berjaya mendapatkan hasil yang kami harapkan. Sedikit gurauan pada petang itu. Aku berkata 'mungkin ikan tadi dah SMS kepada semua ikan supaya jangan berenang berdekatan tempat kami memancing, sebab itulah tak dah sudah yang mengena'. Semua gelak dan mengiyakan. Walaupun tidak mendapat apa yang diharapkan, yang melucukan anak ikan buntal sering kali melekat di umpan, seperti baby yang tengah menyusu. Bukan sahaja anak ikan buntal, rumpai laut pun menjadi mangsa umpan kami. Terasa berat rupanya rumpai laut. Hampa tidak mendapat sebarang hasil, kami pun beredar dan singgah menunaikan solat maghrib di masjid yang berdekatan. Selepas itu kami singgah makan di 'Tomyam Island' area Bataras. Shukri memilih ikan untuk juadah kami. Selain itu kami juga memesan sup tulang. Sedap dan menyelerakan. Melihat ikan yang dihidangkan tadi, mengingatkan aku ikan yang terlepas tadi. Setelah menjamu selera, sedikit perbincangan dan perkongsian daripada Shukri mengenai keadaan semasa dalam Negara dan mengenai demo yang beliau buat baru-baru ini. Selepas itu kami singgah sebentar di Supermarket Bataras untuk membeli tong gas. Pada malam itu, kami membuat sedikit perbincangan dan perkongsian maklumat daripada shukri dengan alumni KAL dan aku yang bukan alumni KAL. Banyak maklumat yang aku perolehi pada malam itu. Perbincangan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Banyak yang aku tidak tahu sebelum ini mengenai sosialis dan mendapat pencerahan daripada Shukri. Fahmi Reza, itulah nama yang Shukri sering sebut dan mengaitkannya dengan golongan sosialis di Malaysia. Maklumat mengenai gerakan-gerakan yang aku tidak pernah dengar di kampus membuatkan aku berasa seperti budak kecil yang baru belajar mengenal abjad. Terasa ingin kembali semula di alam kampus. Selepas itu, kami keluar makan di KFC dan singgah sekejap di OneMart membeli barang. Ketika makan di KFC, kami dikejutkan dengan gelagat beberapa orang yang telah mabuk dengan 'percakapan' yang memang melucukan juga. Terfikir dalam fikiranku, kalau beginilah Labuan setiap malam, banyak kerja yang perlu dibuat untuk mengubah minda orang Labuan. Arak sudah menjadi 'minuman' rasmi kebanyakkan orang Labuan di waktu malam. Pub-pub yang semakin bertambah dan pengunjungnya sentiasa ada walaupun hujan. Tiba di rumah, masing-masing mencari port untuk tidur. Selepas solat subuh aku dan Yin menghantar kereta kepada tuannya. Selepas itu aku mengemas barang-barangku dan berehat sebentar kemudian pulang ke rumah. Tiba di rumah, aku mengemas pakaianku dan membasuhnya. Sudah 2 hari aku tak balik rumah. Rumah PEMUDA merupakan rumah keduaku. Aku mendapat mesej dari KP yang memberitahu supaya ready untuk ke Ijtimak Tarbawi di KUIZM, Taman Melewar, Gombak pada 28-31 Oktober 2011. Akhirnya aku terlena dibuai mimpi yang indah.
|
You are subscribed to email updates from memancing di sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan